Monday, December 5, 2011

Promo DiGi Jelajah Desa - Kuala Selangor!!

Salam semua, Fuhh~ Penatnya..
DiGi Jelajah Desa di Alor Star dan Bagan Serai memang gempak~ Sporting semuanya :D Korang semua Enjoy tak? hee~

Esok Amir akan perform kat UUM Kedah~ Jam 5 gitulah~ Kalau korang ingin nak tengok Amir Jahari dan 6ixsense perform, pergilah ke UUM Kedah sok k~

Then, untuk DiGi Jelajah Desa yang last untuk tahun ni pulak akan diadakan kat Kuala Selangor~ :D Siap ada Promo Video lagi, kalau korang nak tengok Promo video tu, tekan link ( NI! ) Promo dari Aizat Amdan, Zizan Raja Lawak dan aku sendiri~ hehehe~ Rakan2 Artis yang akan datang ialah @DinaNadzir @6ixthSenseTirta @LisaSurihani @Shaheizy_Sam @rezasalleh..

Nak tau satu bende tak? Meh bace bawah ni~ :P

Kalau korang follow Twitter aku, aku asyik cakap nak g ziarah nenek aku, kalau korang nak tahu siapa nenek aku tu, ni lah dia :D Hahahaha~Kalau g jumpe nenek mesti die mintak duit sebelum balik~ Susah betollah nenek nih :P




Sampai sini je blog Amir harini~ Takde bende sangat la yang berlaku~ hehehe, Thanks sebab baca blog Amir Jahari yang tak seberapa ni~ Hanyalah sebuah Diary yang tersembunyi :P


Saturday, November 19, 2011

Digi Jelajah Desa ( Kuantan ) #3 more to go!

Heee, salam. Aku baru balik dari Kuantan nih. Penat gile dalam bas, dalam 4 jam je dalam bas, baru sampai kat KL balik.

Digi Jelajah Desa kat Kuantan sangat2 gempak. Tapi cam...kalau koranglah kan, kalau korang support music, sesiapa je yang nyanyi korang akan support kan. Lagi2lah Aizat, semalam time Aizat nyanyi, bila crowd rasa bosan dia akan duduk, then time aku nyanyi lagu Gelisah pun banyak yang duduk. Untuk korang , rasanya cam kurang ajar tak? pastu, kite baling poster untuk diaorang simpan kat rumah, boleh pulak die baling balik poster tuhh~ Tapi, 1st of all tak semua lah yang camtu~ maybe yang duduk tu sebab penat sangat berdiri lame kot..then yang baling balik tu, maybe diaorang nak gurau ~ Aku pun tak tau lah~

Bagi aku tu memang ada sikit tak hormat lah, untuk korang, korang rasa camne?

Dah2, lupekan pasal tuh, semalam aku nyanyi lagu Gelora Jiwa, Gelisah and Tanpamu, Buat pertama kalinya lagu Tanpamu dengan Full band semalam! Rasa tengah nyanyi atas awan aku~ Aizat pun berduet ngan aku nyanyi lagu Tanpamu semalam~

Ni ada dua gambar masa kat Kuantan tuh~ Rite, nanti Amir update lagi k :) Salam~




Friday, November 11, 2011

Shiela on 7 Feat Amir Jahari

Haaaa~ Ni lah Show yang Ke-4 selepas October Tweet Fest hari tu, Amir berduet dengan band yang tak asing lagi, Shiela On 7, nak tau cerita belakang tabir?? Sambung baca yang seterusnya ye :P

Sooo, Amir sebelum berduet dengan Shiela On 7, Amir dibagi pilihan 2 lagu, Lagu Dan dan Lagu Kita. Mati2lah Amir ingat akan perform lagu Dan dengan SO7, tapi rupanya Duta SO7 nak lagu Kita untuk berduet :P . Lagu Dan Amir hafal semuanya, tapi lagu Kita tu memang belum hafal sepenuhnya, Fuuuuh~

Amir terus rehersel sendiri tak henti2 kat belakang, Memang saat yang paling genting dalam hidup Amir. Saat nerves yang teramat melampau ~ Hahahahahaa~

kalau korang nak tengok camne bunyi lagu Kita yang Amir nyanyi, nah~ Ni sedikit sebanyak bunyi nya masa perform~ hehehe~ :D

Enjoy~ :)


Tuesday, November 8, 2011

Photoshoot dekat Ken|VirtigoStudio.com

Hello, lama nya tak update, sorry ye tak update, Jangan marah~

Amir join kempen Go Green , ni Facebook diaorang, Support ye..ni Facebook diaorang , lagipun kita dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kita untuk memulihkan bumi kita yang hijau ni, Amir tak lama lagi nak beli basikal, tanak guna motosikal or kereta, tapi kalau jauh kene lah tumpang manager :P hihihi~

And then, bermulalah cerita, Amir ke Vertigo studio dan hendak di photoshootkan, :P
Amir pun lukislah apa yang patut kat cebisan kotak, hahaha, masa tu memang tak tau apa nak tulis, last2, Recycle jugak jadi pilihan, so Amir pun lukis lah sendiri Recycle tu dan bergambarlah dengan cebisan kotak tuh, nak tau hasil dia tak?

nih dia~





Tak lama lagi ada lah gambar ni keluar kat Avon rasanya~ hahaha~ Tu ja untuk harini~ Chow !


Tuesday, October 25, 2011

Amir Jahari - Gelisah (Kisah disebalik lagu baru ni :) )

Salam semua, harini Amir nak cakap tentang kisah disebalik lagu Amir dan lagu favourite Amir sendiri k.

Amir ada buat satu lagu ni, nama lagu ni gelisah tau, lagu gelisah ni berkesahkan tentang sahabat! Dan lagu ni merupakan lagu favourite Amir jugak lah sebab masa buat lagu ni, Amir betul2 hayati setiap detik dan perkataan yang Amir letak kat lirik lagu tu :)

Amir dapat ilham buat lagu ni masa Amir kat rumah, tengah keseorangan masa tuh..dengan ditiup angin lembut sekeliling Amir, tetiba rasa nak buat lagu, Amir masa tu baru habis tengok cerita jepun yang berkesahkan tentang sahabat, terus Amir teringat kat kawan2 masa sekolah rendah sampailah kawan2 sekarang..

Hati Amir rasa tersentuh hari tu..Amir terus ambik kertas dan pen untuk tulis lagu tentang kawan2 Amir..then terciptalah Gelisah ni..Gelisah ni adalah lagu kerinduan kat seorang kawan dan kesetiaan pada kawan, sanggup wat pe untuk diaorang, tapiii~ Family tetap yang first k :P Hehehehehe~


Ni video lagu gelisah kalau korang teringin nak dengar yee :)



Selain dari tuh, Amir minggu lepas kepenatan sebab Amir got a plenty of show's going on in KL lah, yang video atas ni masa perform kat Laundry Bar, Moonshine ( The Curve ), selain tuh ada show kat wedding kak Yasmin Hani & Abang Sha'arin :) . Yang ketiga show kat October Tweet Fest area Shah Alam harituuh~

Kalau show je and takde persiapan memang akan teruklah kan, nasib baik Amir dah buat persiapan sebelum show tuhh~

Lepas tu ada show ke empat tau, kalau nak tau cerita disebalik show ke 4 tuh, tungguu entry seterusnya k :P
















Tuesday, October 18, 2011

Nak dengar 3 lagu baru Amir buat tak? :P

Hi semua, kepada  peminat ataupun pengikut Amir, kalau korang nak dengar 3 lagi lagu dari Amir selain Tanpamu, korang leh pergi ke Showcase Amir kat The Curve nanti. Nak tau lebih lanjut leh tengok poster kat bawah skali k.

Amir dah penat ni praktis lagu sendiri and lagu cover untuk pernikahan Yasmin Hani nanti~ Amir dan manager Amir nak hadiahkan 2 lagu untuk Yasmin Hani..tapi dua-dua lagu english..susah nak hafal lahh~ Amir rasa Amir nyanyi dengan panduan lirik kot..

So, stay tune with me, Amir Jahari, pasni akan ada banyak lagi Event yang Amir akan tulis dalam blog dan cerita tentang perjalanan hidup Amir sebagai seorang anak seni yang baru je bermula. Amir akan buat yang terbaek untuk setiap show yang Amir buat nanti. Dont Miss it  ok :) Bubye :P

Amir akan perform kat sini! Ada masa tengok ye :)

Thursday, October 13, 2011

Terus ke hadapan, Ini bukan AF lagi :)

Salam semua, Amir nak bongkar satu rahsia kat korang semua harini. This is just for ur information, Masa last Amir dalam AF dulu, Amir bukannya menangis sebab Kak Ogy ataupun juri2 yang lain. Langsung bukan sebab tu sebab?? Sebab Amir time diaorang bagi komen kat Amir, Amir dah hilang melayang dah~ Hehehe~

Then as korang tau, Amir menangis sebab tak dapat kawal emosi masa dalam AF, Miss all people that i know and i love, and my stuff and my weapon Gitar~  So, Tu je lah sebabnya, Amir tak tahan dah kat dalam tuh~ Bukanlah tak best, memang pengalaman baru dan best!

Disini Amir nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Terima Kasih kat AF9 sebab bagi platform untuk Amir teruskan perjuangan, dan SORRY! Untuk orang2 Sarawak dan seluruh malaysia yang mengundi Amir dulu. ( Amir tak habiskan duit korang untuk undi ye :) Sebab ikut undian Amir tempat ke 4 masa tu ) Hihihi :P

Amir nak guna nama Amir Jahari sebab Amir kalau boleh nak letak nama Ayah Amir kat belakang nama Amir, Ia melambangkan Family Amir :) . Bukan tak appriciate AF, cuma Amir nak adil untuk semua realiti show yang Amir join. So, berdiri atas nama sendiri lagi best! hehehe, Walaupun berisiko, tapi Amir lagi suka begini..start dari bawah balik..memang best. Amir tak nak guna Shortcut lah :D Hehehe~

Tu je dari Amir Jahari~ 

Salam :)

Monday, October 10, 2011

Amir dekat MHI TV3~

Hehehe, salam semua~ Sihat dak?

Amir ni sebenarnya ada malas sikit nak tulis blog. Sebab tu la jarang nak update. Tapi lepas ni Amir akan rajin2kanlah diri yee, dulu ada interview dekat MHI TV3, fuhhh, kalau korang nak tau, tu lah suara bangun pagi Amir.

Amir baru je bangun, then mandi, siap, terus kluar rumah~ Takde praktis nyanyi dulu, susah2. Sampai je kat MHI, terus kene setup then terus nyanyi, takde rehersal langsung. Amir time tu bedebar2 gak a, dah la takde praktis ape semua, mata pun masih merah2 lagi. Hahaha :D

Then Amir pun interview lahhh~ Nah, ni video interview tuh~ Tapi yang ni bukan yang kat Tv tau, ni record balik sebab orang TV3 cakap yang ni exclusive :) Hope enjoy yek korang :)

Saturday, October 8, 2011

Semakin nama naik, semakin orang dengki

Salam semua, lama gila tak update blog, sorry yek~

Hehehe, lumrah dunia, sesiapa pun akan kene yang sama jugak, bila kita mula nak naik, mesti ada je orang yang dengki, sebab tu cara Amir, Amir akan biarkan dulu, bila Amir dah berjaya, atau mula nampak hasil, orang yang dengki tu mesti tak dapat nak cakap apa :) Pastu dia pun terus nak berbaik dengan kita sebab kita dah nampak hasil, pastu yang paling best, dia akan kata " Aku yakin dengan kau sejak dalam AF lagi Mir" Hahahahahahahahaha~

Takpe2, abaikan yang tu lah, Korang apa khabar? Lama tak update rupanya ada jugak yang baru masok blog Amir ni, selamat datang kepada yang baru masok and kepada yang baru masok, LIKE la page Amir kat facebook ye :P

Apamacam? Lagu Tanpamu ok tak? Umm..Tu sebenarnya  cubaan atas karya2 yang aku buat, Alhamdulillah dah nampak sikit hasil, then lagu kedua ni~ Hehehe :P Haritu aku ada ternampak sorang gurl ni, sama jugak dari Kucing, dia cover lagu Amir, nice sound tau, cuba korang tengok jap :)


Sampai sini jelah blog Amir harini :) Esok Amir update lah ye :)

P/S Fuhh, lama gila tak tengok blog nih :P

Friday, September 23, 2011

Chord lagu Tanpamu ek?

Hehehe, salam.

Sorry lama tak update, sebab busy training sana sini dengan pemuzik untuk Muzik-muzik haritu.

Topik kita hari ni ialah, Chord lagu Tanpamu. Hehehe :P Banyak jugak yang tanya mintak chord lagu tu, jawapan Amir, seperti biasa, Usaha tangga kejayaan. Korang carik sendiri dulu chord tu, nanti Amir akan bagitau. Slow2 yee.. tapi waktu Amir bagitau tu maybe dah keluarkan single ke 3 kot~ hahaha :P

Dulu, first time blaja main gitar, seronok sangat. Tengok buku chord, beli buku lagu serta chord then main setiap hari. Lepas pulang rumah je terus main gitar tak henti2. Malam pulak masa untuk belajar. Kalau orang minat baca buku, orang akan panggil Ulat buku. Kalau yang rajin main gitar? Ulat Gitar~ hahahaha~

Setiap hari Amir belajar gitar dan lagu first blaja is Kau Ilhamku. Memang seronok bila dapat cari sendiri tanpa tengok buku Chord. Rasa cam puas sangat. Usaha selama ni dah pun nampak hasil kan~ Tu lah Amir cakap, cuba cri sendiri dulu chord lagu tanpamu, Usaha Tangga Kejayaan.. Kalau nak ambik jalan singkat je, sekejap je blaja tu, pastu dh tak nak belajar main lagi dah. And yang pentingnya, passion dalam muzik korang memang takdelah. Mana tak nya, asyik bergantung dengan benda senang je kan~ :P

Amir masuk muzik-muzik haritu, masa rehersal ingatkan dh recording, so Amir all out la masa tu. Rupanya, belum. Then bila dah recording tu, dah lari sikit semangat~ hihihi :P Alamak, terlebih la pulak!


Sampai sini je blog Amir harini, hope korang still follow Amir lah ye :) Thanks sebab baca. Peace!

Monday, September 19, 2011

Praktis dengan Pemuzik Amir :)

Hai semua! Sala, maaf hari ni lewat sikit nak update blog~

Harini pening kepala sebab 21 haribulan nanti nak perform untuk Muzik-muzik. Tapi pemuzik semua ada hal sendiri, dan tak praktis. So, Amir ambik keputusan bawak kawan2 Amir dari Aswara dan kawan kat tempat Amir tinggal ni main untuk muzik-muzik nanti. Fuhh, penat la praktis tadi. Harap semua berja;an dengan lancarlah lepas ni kan.

Semalam ada perform kat Taman Tun, untuk lunch Cafe baru kat situ, nama kedai tu Mukha. What special about Mukha is, aku dapat rasa cuppacino yang diaorang buat semalam. SEDAP!@ So, kalau nak rasa coffee dengan tenang dan sedap, korang boleh ke cafe Mukha dengan Taman Tun sana k. hehe :P

Aku terasa cam nak stop smoking lah..tapi susah~ Walau apa pun jadi, aku nak berhenti gak lepas ni :) Korang takde nak ambik aku untuk perform ke? hehehe :P (kidding)

Ni, dulu lepas kene GUGUR dari AF tu aku ada intervview kat Era as Amir AF9, dalam masa yang sama jugak, budak2 XFM tau lagu baru aku, tapi masa tu lagu tu masih lagi nama Jam putih dan sekarang tukar kae Tanpamu, diaorang ambik video aku dan sekarang lagu aku ada kat carta 40 XFM, kalau nak undi, tekan SINI! :) Sekarang number 20 dalam carta tu ~

Dan ni video aku yang diaorang record haritu, Hope enjoy Yah!

Sampai ni je entry aku harini, jumpa korang lagi esok hari ok :)
Bye~

P/s Aku rasa enjoy sangat praktis dengan muzik latar harini :)

Saturday, September 17, 2011

Suara Kami & Rumah terbuka Aizat

Salam sejahtera semua,

Hari ni aku tak nak cerita panjang sangat sebab aku tak story nak bagitau sangat ~ Semalam aku ke konsert Suara Kami astro tu..Aku salute dengan Noh ( Hujan) sebab menayangkan bendera Sarawak dan lepas tu tukar ke bendera Malaysia. Aku rasa nama lagu yang Hujan bawak time tu Tempur kot..tak tau nama lagu baru tu, tapi muzik dia best.

Lepas tu aku tertarik dengan mamat India ni.. nyanyi lagu India..projection suara, emosi suara, memang mantap giler. Aku terbodoh kejap semalam tengok mamat India tu nyanyi. Hehehe :) Untuk mamat India tu, U have an Owesome voice dude!

Persembahan yang aku tertarik lepas tu hanyalah performance dari local Artiste. Macam Yuna, Faizal Tahir, Malaysian Boy(Ila Damia and Altimate..yang dua lagi tak tahu nama, sorry :P). Tu je lah performance yang aku tertarik semalam. Habis je Suara Kami, aku, manager aku dengan Ted pergi rumah Aizat..

Sampai je rumah Aizat, pergi bersalam-salaman dengan ahli keluarga Aizat, termasuklah Aizat sekali, then kita borak panjang lepas tu dengan Aizat semua~ ":P Tu je lah apa yang aku buat semalam :)

P/s Sorry takde story sangat, and sorry Amni..

Friday, September 16, 2011

Apa makanan kegemaran Amir ek??

Salam..

Semalam aku cuba untuk masak bubur..sebelum ni memang belum pernah masak bubur, masak nasik selalu lah~ Tapi semalam aku terletak terlampau banyak nasi hingga tak dapat nak tambah air..lagipun periuk untuk masak tu kecik la~ nam tambah air dah tak leh dah~ huhu :(

Tapi takpe, bubur sudah jadi nasik kan? Aku pergi kat peti sejuk, tengok, ada daging, then terus keluarkan daging, aku masak daging kari pulak lepas tu~ Yeah! Daging kari cincai namanya~ Tapi banyak yang puji laah masakan aku sedap~ hehehe! Aku bantu abang zul je masak daging tu sebenarnya~ hihihi :P

Jap lagi Amir nak cuba masak bubur lagi sekali lah~ ada sesiapa yang nak bantu Amir masak? Jom2! heheheh~

Makanan kegemaran Amir ek..? Em...soalan ni kebisaan nya time sekolah2 dulu kan..kalau ada perempuan nak bekenalan , dia akan mintak biodata..mesti ada makanan kegemaran skali~ hehehe~ Lucu lah time sekolah2 dulu! :P

Makanan kegemaran ye? Amir suka Mc Donald, Kfc, Ayam masak merah yang mak buat, Ayam masak kicap yang mak buat jugak, hehehe, lagi.. Hati ayam kat kedai Abang Nazib kat Dayang Food Corner, tu yang the best lah! Haaaa, tu la makanan favourite aku. Dan makanan yang paling2 aku suka, Nasi, Telur mata kerbau, kicap manis plus ikan bilis! Waaaa!!!

Air pulak, aku tak kesah sangat lah pasal air..janji dapat diminum sudah kan~~ hehehe! Bah, ok lah, Amir nak pegi masak sambil dengar radio ni~ Jumpa lagi esok yee! :P

P/S Sorry sayang, bukan Amir yang masak daging, Amir just bantu Abg Zul jak~ :P


Thursday, September 15, 2011

Hargai Anugerah yang Tuhan bagi ~


Salam. Aku tersedar sesuatu bila Joe lee ( Manager aku ) cakap tadi..bila seseorang ada bakat atau anugerah dari Tuhan kan..mesti tak diguna sebaiknya~ Dan dia jugak tegur aku bab yang tu..Aku rasa dah tiba masanya untuk berubah.. Bila lagi nak berubah..kalau tunggu esok, mesti akan jadi lusa..kalau tunggu lusa, jadi minggu depan..kan?

Semalam Birthday Ted, kawan aku dan Joe, kita pergi raikan dengan makan dan main bowling..Hehehe, best la harini dapat keluar peluh! Esok aku nak keluar peluh lagi lah..

Hati aku sekarang memang kuat nak katakan untuk berubah..bila seseorang nak berubah, mesti ada banyak dugaan kan? Korang doakan untuk aku ye dapat atasi dugaan tu dengan penuh sabar..

Lagi satu, semalam aku pergi kolej aku, ASWARA. Nak pergi melawat kawan2 and lecturer aku kat sana. Best sangat dapat jumpa diaorang harini. Aku jumpa singer songwriter baru kat Aswara. Nama dia kak Mimim Hamzah~ Kalau nak dengar lagu die, pergi ke link ni~ ( Mimim Hamzah ). Puas dapat jumpa dengan Lecturer gitar clasic aku, En, Rosdan Abbas tadi.  Walaupun jumpa kejap je..

Aku akan mula pandang ke depan sekarang, untuk tempuh hari esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan bila2, asalkan ke depan lah :P Sampai ni je entry aku harini..esok kita jumpa lagi..
P/SThanks kepada yang baca blog aku. Terharu sangat..and btw, Ms, Amni, I miss u so much! 

Wednesday, September 14, 2011

Amni, Amir pernah bahagiakan awak tak?


Harini nak jiwang2 sikit bleh? hee :P Sebelum ni aku tak pernah tanya kat tunang aku, Amni.. ni Amir nak tanya..Amir pernah tak buat Amni rasa bahagia..takut2 esok Amir dah takde kan.. Kalau dapat jawapan dari Amni..memang rasa tak akan menyesal hidup~ :P

Kenapa tiba-tiba aku jadi jiwang harini? sebab semalam aku tengok cerita jepun..sweet giler cerita tuh, nama cerita tu " I give my first love to you " Cube carik kat Youtube kalau nak tengok..sedih plus happy~ :P Tapi pat ending tu memang tak leh blah la sedih nye~ :'(

Tu apa yang aku buat semalam..ni aku baru je bangun tidur, bangun je terus menghadap lappy :P Adakah ini simptom addict dengan Blogspot and Facebook~ Haiyooo, susah la camni~ hehehe, takpe2!

Dah dua hari aku dapat bangun di pagi yang indah, sebelum ni bangun mesti dah pukul 2 petang, pukul 3, haaii~ Tapi skarang dah bangun pukul 7 pagi,  9 pagi..Alhamdulillah la dapat jaga tidur dah skarang nih~

AIM Amir tak dapat laa~ Sebab ada dua yang sangkut haritu.. Best New Artist aku dapat Top 10 dengan Best Pop Song pun Top 10..tak sampai Top 5 pun.. Tapi Alhamdulillah jugak la sebab budak2 AF satu pun tak dapat Top 10 kecuali Hazama..tapi tu pun bukan Hazama, Lagu MUH yang dapat masuk~

Belum tiba masa aku kot..:p Kan?

Harap Lepas ni perjalanan aku akan lebih stabil lah kan~ Amin..Sampai ni je Entry aku harini... Hope korang happy2 slalu k! Tanpamu, Takkan ada blog aku ni :P

P/S Pagi-pagi ni kalau ada orang belanja nasi lemak pun sedap kan :P

Tuesday, September 13, 2011

Wa, tempat tinggalku ramai kembali!

Salam semua! Salamat pagi, best la hirup udara segar pagi2 ni kan2! hee~

Semalam semua kawan2/Abang2 angkat aku balik dari Cyprus. Semua pergi jumpa Syeikh Nazim kat Cyprus~ Jelesnya...takpe, tahun depan booking nak pergi sama la~ hehehe :P ( ada yang nak ikut jugak? :P)

Harini bangun je tidur, terus bersemangat! Tak macam semalam..semalam, bangun jap, then rasa nak tidur balik~ hahahaha~ Tak tau lagi apa aktiviti Amir nak buat harini. Macam takde nak buat apa2 je~ Pagi - pagi ni terasa cam nak makan roti canai je..mesti sedap kan! Wawawa, nak mandi la jap lagi then ke mamak atas tuk makan roti canai..

Aku nak cakap something ni, harap maaf kepada semua peserta Contest Amir Jahari haritu sebab keputusan lambat sikit nak keluar sebab aku perlu uruskan hal lain yang banyak~ Contoh : Comfirm Amir akan collaborate dengan Altimate dan sekarang busy buat lagu untuk aku dan Altimate~

Sorry ya guys, sok aku update lagi k~ :)

P/S Take care semua~ :P 

Monday, September 12, 2011

Waarrgghh ( Ngantuk lagi ke :P )

Salam semua..harini cam tak bermaya je. Tapi takpa, aku tetap berusaha untuk bangun jugak. Nak tulis blog untuk korang :)

Semalam aku buat Group kat Facebook, tapi malangnya Group pertama aku buat gagal.. Nama group pertama tu MusicLand. Tetiba aku rasa cam budak2 je semalam. Terus aku tukar. Sekarang aku dah ada group baru, kalau korang nak ke group tu, click SINI.

Hrini Amir ke Radio Era untuk Interview Carta Era 40. Carta Era ni akan dimain kan hari Ahad nanti, Korang semua dengar tau. Harini jugak, manager Amir tak brapa nak sihat,..Amir pulak rasa nak tidur je harini~ hee~
Jadi panda kejap :P

Ni gambar masa kat radio era tadi~ :P


Sampai sini jelah entry aku hari ni k. Esok aku update lagi~

P/s Cik Amni, dimanakah kamu ??

Sunday, September 11, 2011

Dari mana datangnya ilham?

Salam  semua..apa khabar??

Sinopsis Musicland dan apa yang berlaku hari Ahad :

Kepada yang baru Join blog ini, selamat datang ke MusicLand dan saya adalah Putera untuk MusicLand. MusicLand adalah satu wilayah dimana negeri yang aman damai dan setiap hari ahad, semua penduduk akan hilang kewarasan sebab esoknya semua orang balik bekerja..so, dengan cara itu, hari Ahad aku sebagai putera akan mengekalkan keseimbangan cinta dalam hari tu agar orang tak waras..Magic yang aku ada ialah penyebar cinta melalui lagu aku..itu sedikit sebanyak cerita tentang hari Ahad~ " Tengah berimaginasi :P "

Banyak orang tanya kat Amir..dari mana kebiasaannya aku dapat ilham bila buat lagu?? Inilah perkara sebenar yang terjadi..Aku tak paksa untuk ilham tu keluar, tapi aku biarkan ilham tu keluar dari kepala otak aku secara semula jadi..ilham bukan benda yang dapat kita carik tau, ilham datang semula jadi...

Selain datang semula jadi, ilham aku jugak kebiasaannya datang dari Princess aku, Amni. Dia juga merupakan sumber ilham aku yang paling besar jugak la~

Yang paling last skali, aku suka buat lagu bukan lagu cinta ja, aku buat semua skali..sampaikan Jam Loceng aku sendiri aku buat lagi menjadi Tanpamu~ Tapi Tanpamu tu korang boleh relate semua beenda sebab ayat dia bertapis sikit la kan~ :)

Haa..semalam Amir pergi Showcase Liyana Fizi..showcase untuk lounch album terbaru dia..secara tak sengaja jugak aku terserempak dengan orang yang sangat2 berpengaruh dalam hidup aku. Inspirasi lagu aku kebanyakkan datang dari Faizal, Noh, Yuna, Aizat Monoloq, Altimate, Bunkface, dan juga...
Zee Avi 

Rasa beruntung jugak la bila berpeluang bercakap dengan dia dan dengan bangga sekali sama orang sarawak.. Sampai ni je entry aku harini..jumpa kamu semua esok~ :)

p/s Walaupun Zee ke Yuna ke..Amni jugak yang paling berpengaruh untuk aku mencipta lagu :P



Saturday, September 10, 2011

Bertemu dengan Dato' Siti Nurhaliza


Semalam aku dengan manager aku ke Funky Fresh. Tengok budak2 yang akan dance untuk music video lagu terbaru Siti Nurhaliza. Masa tu aku dalam bilik tengah baca Komik, tetiba dengar suara yang fimiliar kat Radio and Tv, angkat je kepala, tengok Siti Nurhaliza depan aku. Aku respect dengan usaha Siti sehingga menjadi artist A-level sebab dulu masa dia start nak naik pun dia mula dari bawah..aku tabik kat dia sebab dapat menepuh dugaan dengan cool ~ Ni ada gambar aku dengan Siti ~
Muka aku nampak cam takot je, hahaha!

Lagu Tanpamu Amir mesti korang dah dengar..bagi sesiapa yang belum dengar boleh click sini --> Amir Jahari untuk dengar, or boleh dengar kat Blog ni jugak :)

Agaknya, single ke-2 Amir nanti camne ek? Nak tau tak camne bunyi die?? Kat bawah ni contoh single ke-2 aku..InshaAllah la akan pakai lagu ni. Lagu yang kat bawah ni tentang Penghibur Jalanan yang selalu ditindas oleh masyarakat sebab kebanyakan orang tak tahu apa sebenarnya yang pemusic jalanan ni carik, cam pengemis?? tak! sebab keinginan kuat untuk bekarya, kepuasan bila perform dan membuang sifat ego dalam diri. Kenapa buang sifat ego? Kalau korang, berani tak kalau aku suruh korang berdiri satu sudut, pegang apa2 instrument dan main kat tempat yang ramai orang? Masih malu kan...malu tu la ego..sebab takut orang cakap jadi pengemis la..tu la...ni la...kan??

Ada orang pernah tegur aku dalam youtube, die cakap " ko ni bukan busker la mir," ~ Well, now i tell u what the meaning of busker / penghibur jalanan itu sendiri ok~ :) Hope enjoy semua!


Dah dengar...? What do you think..? Give me feedback k guys, tak kisah feedback korang bad or good, Amir sedia mendengar dengan hati terbuka k :)

Ada jugak yang tanya aku, ' bila agaknya ko nak kawen? ' ..umm..tentang tu.. InshaAllah kalau ada rezeki yang mencurah2, 2 tahun lagi kita kawen ye Miss Amni :P. Kalau  ada halangan, delay la nampaknya~ Sampai ni je entry aku harini, hope korang leh bagi feedback kat lagu 2nd aku tuh ye :) Jumpa lagi esok! :)

P/s: Korang, sorry ye Amir guna aku, sebab nak buat korang yang baca macam kawan aku sendiri :)

Friday, September 9, 2011

Tuan Puteri..I Miss u


Salam semua..Slamat datang ke MusicLand..

Hari ni aku dah sembuh sepenuhnya~ Tak demam lagi dah :)
Korang apa kabar semua? Ada yang tak sihat??

Hari ni tak kemana sangat, tadi pegi jenguk family KTAJ yang kucing haritu je, semua
operasi mencari lagi malam tadi..

Aku rase cam ada benda kurang sangat malam tadi..korang tau tak ape?huhuuu~ Malam tadi Tuan Puteri tak call dan ucap slamat malam kat aku...tetiba rasa lain sangat pulak.

Tuan Puteri masih demam..bertambah2 la risau...kalau la Tuan Puteri baca entry aku skarang..

Bila tak dapat kol dari dia baru tau yang pentingnya bila dapat dengar suara dia..hati cam happy bila dapat dengar suara dia..bila tak dengar..lama2 jadi rindu..lama2 sedih..:(

--> Kalau la aku tak tukar prepaid dan terus pakai bill..kan aku dapat borak tanpa limit.
--> 'Nada macam iklan rempit yang cakap.. Kalaulah aku tak teruskan..hihii'

Untung lah siapa yang baca entry aku harini sebab aku nak umumkan yang contest aku dah ada pemenang! Tapi tak brapa untung sebab aku tak nak sebut lagi pemenang ituuu~hehehe :P Sampai sini je Prince Diary hari ni..

Jumpa korang esok!


p/s : Tuan Putri..cepat la sembuh yee..dan satu lagi..I miss u...

Thursday, September 8, 2011

Berduet dengan Ultimate? Serius?

Salam bahagia, Salam Syawal yang mulia~

PERHATIAN !
1) Kepada yang membaca Prince Diary ni, secara sahnya anda adalah Penduduk Musicland.
2) Dalam Blog ni, sayalah Putera dalam Musicland tu yee :P (Tu jee~)

Hi semua, Putera disini, hahaha, baru menarik nak baca kan~ Tiba2 lak ada Putera.
Thanks coz sudi baca ' Prince Diary ', dan tak jemu nak jengok2 aku. THANKS!

Semalam aku keluar dengan Manager aku, Klubbkidd. Kita pergi lepak kat Bestari, Hartamas. Pastu Klubbkidd pun bawak la Ultimate skali lepak. Then....mulalah bercerita~

Bla..bla..bla...bla..bla...bla ~~

Dan hasilnya..Ultimate nak duet dengan aku. Alhamdulillah~ Lepas ni kene buat lagu untuk aku dan Ultimate duet betul2, aku rasa teruja sangat sebab dapat bekerjasama dengan Ultimate. Korang doakan agar projek ni menjadi..'Amin'    

P/s : Dunia Musicland semakin pupus sebab penduduknya masih kurang..Bantulah Putera tuk menambah penduduk di Musicland ini :)

Wednesday, September 7, 2011

Kucing, Daisuki desu!

Salam perpaduan, salam persatuan, salam muhibah, salam!

Hehehe, baru je bangun dari tidur sebab semalam balik lewat~
Nak tau Amir buat ape semalam..?Kenapa lewat sangat tidur...buat ape kan...?Haaaa~

Hehehe, semalam aku pergi tolong kumpulan 'Kucing Terbiar Anjing Jalanan' (KTAJ) kat Damansara Damai..baru2 ni ade kes Pet Owners mintak orang jaga kucing dieorang, nama tempat penjagaan haiwan tu Petknod. Tapi orang yang tolong jaga ni tak berhati perut langsung, dieorang just biar kucing tu tak makan, tak minum, dengar2 sampai 7 hari kot. Kalau manusia, tak tau lah..ade pulak kucing jagaan orang terlepas, banyak jugak la..tu yang aku pergi tolong semalam. Carik punya carik sampai kol 3.15 pagi beb~ Tapi puas hati la dengan dieorang yang tolong carikan sama tu semua bersatu padu...

Aku dapat tolong tangkap seekor je semalam..tapi syukur la..dapat gak tolong dari takde ape2 kan..Tu lah yang tidur lewat semalam..hehehehe~

Eh, lupe nak bagitau korang, Aku sekarang layan komik dari Artist Malaysia, Kaoru. Nama Komik yang dia lukis , Helios Eclips! Aku dah habis bace dah sebenarnya...ade 8 buku..tapi jap lagi aku nak layan balik la~ hehehe!

Bubye semua, esok aku update blog lagi ek~ thanks kepada yang sudi bace blog Amir.."Ade ke orang nak bace ni... :P "

Uhuk! Bahagianyaa :)

Salam, Amir Jahari disini.. Keadaan kurang elok skarang ni...Amir kurang sihat sikit..ade demam, batuk, sesak nafas, fuhh~

Tentang contest Amir, dah ade pemenang dah, tak lame lagi Amir akan umumkan.

Hari raye tahun ni best sangat sebab dapat beraya kat kampung macam tahun2 yang lepas, yang buat die best sangat sebab aku beraya dengan tunang aku. Setiap hari aku ngan tunang aku jalan raya sama2~ jalan rumah kawan die, jalan rumah kawan aku jugak. hari raya ke - 2 je aku jalan ngan family kat kampung Simunjan, Sarawak. Tu pun tunang aku teman aku skali...waaa~ Bahagianyaaa :)

Bagi siapa yang masih tak tahu tentang pekembangan aku sekaran, aku skarang recording dengan Kasi Gegar( Aizat punye) tapi dibawah management J Play. Tak lame lagi akan Shoot untuk music video lagu single pertama aku, Tanpamu dan dalam perancangan untuk single kedua aku. Last skali, aku skarang rakan Blackberry dan video single aku nanti akan shoot guna Playbook Blackberry aku punye~ (Dapat blackberry OS7 free lagi tuhh~ hehe :P)

Mulai sekarang, aku akan rajin2kan diri untuk update blog..sorry la kalau blog ni slama ni tak active sangat, tapi untuk mase skarang, aku akan slalu aktivekan yee!

p/s : My princess pun demam skali..doakan kite cepat sembuh yee~ :)

Friday, September 2, 2011

Photoshoot & Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Raya macam mana? Ni satu daripada gambar hasil dari photoshoot yang kawan buat masa balik dari KL hari tu. Masa ni masih puasa lagi.  

Siapa-siapa kawan nak gambar yang menarik, boleh lah hubungi Syah. Banyak lagi koleksi yang menarik, cuma Amir tak sempat nak upload kat sini. Insha Allah bila ada kelapangan, Amir upload gambar raya pulak yer.... 

Selamat bergembira. Hati-hati di jalan raya. Jangan main mercun tau~~~

Monday, August 22, 2011

Raya dah dekat wei!!!!!!

Hi semua!
Bertemu kembali~hahaha~ :P

Raya dah dekat lah, and esok Amir balik kuching~!! WOHOOO!!
Tapi, ade gak kawan Amir yang kat Bukit Bintang ni tak dapat balik raya kat Kuching..kesian gak la sebab masalah kewangan sikit~ Name die Chef Zul, die slalu masak untuk kiteorang kat Zawiah~ Kalau nak cari Chef untuk masak waktu kawen ke, ape ke, boleh je jemput die melalui Amir k~ hehehe~

Ni link facebook Chef Zul, kalau nak tau lebih detail lagi leh add die kat Fb ye..Die masak sedap wooo!! Sumpah sedap!

Facebook Chef Zul : http://www.facebook.com/The.crying.sinatra

Di samping itu gak, ade video special kepada yang tak dapat balik beraya~ Jangan sedih2 and enjoy video ni yee!! :)


 P/s : Harap semua terhibur yee~ Give us a feedback on what song do you want Amir to Cover also~

Saturday, August 20, 2011

Contest Bersama Amir Jahari - Tanpamu!!

"INI ENTRI MELEKAT. UNTUK ENTRI BARU, SKROL KAT BAWAH YER. TERIMA KASIH"




Hello semua, ni syarat2 untuk Contest Amir~

Syarat penyertaan :
1) Umur Amir tak kisah brape ke brape k~

2) Sebarkan contest ni ke 3 orang (minimum, dan tak kisah ke facebook ke, blog ke or twitter)

3) Bagi link orang yang anda tag kat fb, twitter or blog kat kotak komen Amir Jahari punye blog.(Link je k)


4) Tarikh tutup contest ni pada "20 Ogos 2011"





Apa yang anda perlu buat! :

1) Berikan pendapat anda yang paling Creative tentang keseluruhan lagu Tanpamu ini.

2) LETAK pendapat creative anda dekat comment blog Amir bersama bukti contest yang tersebar.
 
3) Pendapat yang paling Crative akan mendapat "Hadiah misteri" yang Exclusive dari Amir sendiri!



So, ape lagi, Jom sertai contest Amir Jahari - Tanpamu!!

Nak dengar Full Version lagu Tanpamu tak? :)

Asalamualaikum,

Pemunguman!!
Kepada supporter Amir Jahari yang tegar, korang semua boleh dengar lagu Amir dekat (SoundCloud) Link yang dekat bawah ni~

http://soundcloud.com/amirul-cruzo

Komen lagu Amir dan komen anda sangat2 dihargai sebab dari situ Amir boleh perbaiki lagi kesilapan Amir ye~ :)

Wednesday, August 17, 2011

Glee Is Amazing! "Born This Way"

What do you know! Sekarang Amir gilekan Glee!!
Haritu pergi tengok cerita Glee 3D Concert dengan manager Amir, sebelum ni tak tau pun Glee ni best! Bile dah tengok Concert 3D haritu terus rase cam nak menangis bile Glee buat pembukaan Consert 3D tu. Amir pun tak tau kenapa, mungkin sebab Amir dapat rasa 'Soul' dieorang waktu nyanyi tu.

Perasaan tu seolah2 macam.. emm...ape ek?

Ha! seolah2 Allahyarham P.Ramlee hidup semula dan buat Concert!

Macam tu la..perasaan teruja nak tengok cerita Glee walaupun sebelum ni tak pernah tengok pun, Just tengok diaorang buat pembaharuan lagu2 skarang kat youtube. Walaupun cerita Glee ni macam budak2 sikit..tapi cerita Glee ni banyak Motivation die tau.

Contoh? Ok, macam Glee yang dalam episode satu ni, die bawak lagu "Born this way". Dalam episode ni Amir belajar untuk menerima kekurangan dalam diri Amir yang slama ni orang slalu kutuk2, dan dari situ jugaklah Amir memperbaiki diri Amir kepada yang lebih baik..

Stakat ni je entry harini, Enjoy video bawah ni ye...khas untuk semua~ :)

Tuesday, August 16, 2011

Satu

Assalamualaikum, Hi semua..

Harini Amir ade show dekat NTV7 rancangan Bella, harap2 Amir dapat buat baik la..sebab harini LIVE.Doakan untuk Amir sekali ye semua..berkat bulan Ramadhan ni dasyat tau! hehe :)

Haritu ade buat recording suke2 je kat rumah kawan..yelah, lame dah tak update lagu cover,so Amir dah buatkan dah untuk supporter Amir kat luar sane.

Ni bekenaan dengan ketuhanan gak a, Amir suke lagu ni sebab ade maksud yang amat indah..Satu - Dewa19.
lagu ni dah lame dah Amir main, tapi tak reti2 nak buat cover. Ni baru nak buat~ Haiyaaa!~ Amir harap kite dapat same2 menghayati lagu ni dan selamat beramah ye :) (Tiru gaya Johan Rajalawak) Hehehe~


Friday, August 12, 2011

Tanya sama POKOK~

Asalamualaikum semua...sihat ke?
Bulan puase ni memang best nak buat lagu2 baru..baru siapkan 3 lagu baru untuk koleksi Amir sendiri~

(Pokok - Meet Uncle Hussain) ---> Ni merupakan lagu kegemaran Amir sekarang, tak taulah apa yang buat lagu ni special sangat, bile dengar je lagu POKOK ni, perasaan kat lagu tu macam sesuatu yang gelap, suram, tapi ade melodi happy yang tak terungkap dengan kata2.

Bagi Amir lagu ni memang ade something special, lagi2 bile Hazama yang nyanyikan lagu ni, suare die yang serak2 basah buatkan lagu ni lagi bermakna.

Dengan segala hormatnya Amir akan nyanyikan lagu ni untuk semua supporter Amir kat luar sane ye~
Hope Enjoy!


Sunday, August 7, 2011

Gelora Jiwa!

Salam semua...slamat menyambut bulan Ramadhan yeee~
(Ade yang ponteng puase tak nih? Haaaa~)

Gelora Jiwa~

Nape tajuk Gelora Jiwa ek?hehehe..

Sebenarnya...Jiwa Amir bergelora sebab Amir cube nak wat lagu baru, bile buat jew, mesti ade je halangan!
Mase tak cukup laa~ Penatlaa~ Gangguan manusia sekeliling la~ Aiyaaa.. Amir rase cam nak larik je dari semua masalah, then pergi bercuti, pergi tepi laut dan bukak guitar and compose a new fresh song~

Kan best dapat bercuti sekejap kan?hehehe~"Sayang,nanti balik Kuching kite buke puase tepi laut nak?hehe"
Hati ni bergelora sangat nak buat lagu~ Gelora, Gelora, Geloraa~~

Enjoy dengan video Amir kat bawah ni k~ huhu~


P/S : Dan lapar, Lapar , Lapar...bile nak berbuka ni..lambatnya~

Friday, July 29, 2011

Ehh~Aku ade blog rupenye!Aku Lupe!!hahaha~

Salam semua, sehat??
Konsert Aizat Borneo Tour kat Sarawak dan Sabah dah bis dah..skarang ni takde wat ape2 lagi..
Tapi tengah buat bende yang perlu la..macam praktis lagu sendiri dan cube cantikkan lagi...Amir dah ade binatang peliharaan skarang, name die sunkist~

Amir jumpe Sunkist kat dalam kotak Sunkist mase pergi Bday Amy Search hari tu..Amir tak sampai hati tengok die, trus Amir bawak die balik~

Anak yatim piatu Sunkist, tapi skarang sunkist dah ada family baru!! Kat tempat tinggal Amir ni memang da ade kucing, anak kucing tu same umur dengan Sunkist, so Amir cube letak Sunkist kat situ..

Tak sangka pulak Family Kucing tu terima Sunkist!! Skarang Amir tak risau pasal Sunkist lagi dah~ :)

Esok update lagi ek~Salam, eh! lupe lak, slamat menyambut Ramadhan Al - mubarak~

Sunday, July 17, 2011

UPDATE STORY OF AMIR JAHARI

Asalamualaikum semua? Ape Khabar?
Amir skarang baru sahaja habis konsert Aizat Tour di Kuching. Thanks kepada yang datang konsert dekat Kuching haritu!~! Love u all orang Sarawak! ' tak orang nang best!' , dan skarang Amir di Sabah, Amir skarang prepare untuk konsert seterusnya di Sabah dalam Aizat Borneo Tour. Bagi sesiapa yang dah dengar lagu Tanpamu Single terbaru Amir yang dah keluar radio, Amir ingin ucapkan harap enjoy je ek! :) Dan bagi sesiapa yang ingin mendengar lagu Amir , boleh request di radio Hot Fm ataupun Era fm.
Dan sesiapa yang berada di Kuching, Boleh request di Sarawak Fm lah k..Thanks semua sebab support Amir!

Friday, July 15, 2011

Rehearsal Urusan Aizat Amdan di Stadium Perpaduan Kuching

Lama giler since lepas demam hari tu Amir tak update blog. Maaf sebab memang sangat sibuk training untuk Konsert Urusan Aizat Amdan kat Kuching dan Kota Kinabalu, dan recording single pertama Amir.

Alhamdulillah, single Amir, TanpaMu dah keluar. Boleh dilanggan melalui maxis. Dah keluar kat Radio Sarawak.fm. Juga dengarnya Aril bagitau dah keluar kat hot.fm. Alhamdulillah. Ni semua atas kerja kuat semua orang yang terlibat terutamanya manager Amir, Joe Lee, Anas Amdan, Aizat Amdan serta semua Krew KasiGegar Entertainment. Juga atas doa mereka yang tak putus doakan Amir. Mudah-mudahan TanpaMu boleh diterima dengan baik. Aminnnnnn...

Amir sekarang kat stadium perpaduan. Sedang tunggu giliran untuk rehearsal sebelum rehearsal penuh malam ni. Malam esok Amir perform lepas masterpiece untuk Konsert Urusan Aizat Amdan ni. Amir akan bawa lagu-lagu ciptaan Amir sendiri. Kalau nak tau, jom la join malam esok untuk d di Kuching dan di Sabah nanti. Yeahhh!!

Jom urang serawak join kamek orang di Stadium Perpaduan Kuching malam esok!! Tiket masig gik dijual di Stadium Perpaduan. Murah jak. Student price 30, biasa, 35 dan VIP 50. Sangat murah dah kan? Jummmm!!

Saturday, June 25, 2011

Amir dah kembali sihat~yey!~

Hye semua, rindu pulak nak tulis blog.hehehe. Dua hari Amir terlantar kat rumah sebab demam. Apa2 pun, Amir nak cerita time Amir ke gig Beatles dengan Aizat haritu..

Gig Beatles haritu memang gempak! pada mulanya Amir macam tak larat je nak nyanyi sebab ada batuk, selsema, demam dan atsma..tapi Amir rasa cam Amir nak jugak buat! Lagipun tak nak hampakan Aizat sebab haritu dah janji ngan Aizat nak join Gig tu~~

Amir rasa dah makin sihat dah hari ni, (dah boleh buat badan balik~hihihi) dan yang paling penting, dah boleh nyanyi cam biasa~Yey!!

Amir dah mula berlatih untuk tour pertama Amir under Aizat nanti, Amir akan bawak 2 lagu cover dan 3 lagu Amir sendiri~dan yang paling penting, Amir akan nyanyi single pertama Amir jugak nantI(Tanpamu).
So, untuk orang Sarawak dan Sabah, nantikan k~!

Thanks kepada semua yang follow Amir k~!!  Jumpa lagi~

Friday, June 24, 2011

Amir, Aizat dll-Open Mic Night Ampang

Dengan kesihatan yang tak mengizinkan memang agak kekangan untuk amir update entri selalu. Terima kasih atas segala komen dan doa pada entri sebelum-sebelum ni.

Beberapa hari ni sering di uji dekat sakit. Selsema, batuk, astma. Mujur ada Joe Lee. Joe Lee banyak bantu amir. Memang begitu kan? Ada masa sihat, ada masa sakit. Untuk beringat selalu, semua datang dari Dia.

Seperti yang amir bagitau dua hari lalu, malam ni amir ada Open Mic Night dekat Ampang bersama dengan Aizat Amdan dan lain-lain. Jadi, sesiapa yang dekat area ampang dan sekitarnya, jom ramai-ramai turun padang support Amir, Aizat dan lain-lain.

Doakan Amir sihat. Mudah-mudahan tak mengganggu masa nak perform. Amin. Insha allah. Till then. Jumpa lagi.

Ujian Dan Rezeki

Dengan kesihatan yang tak mengizinkan memang agak kekangan untuk amir update entri selalu. Terima kasih atas segala komen dan doa pada entri sebelum-sebelum ni.

Beberapa hari ni sering di uji dekat sakit. Selsema, batuk, astma. Mujur ada Joe Lee. Joe Lee banyak bantu amir. Memang begitu kan? Ada masa sihat, ada masa sakit. Untuk beringat selalu, semua datang dari Dia.

Seperti yang amir bagitau dua hari lalu, malam ni amir ada Open Mic Night dekat Ampang bersama dengan Aizat Amdan dan lain-lain. Jadi, sesiapa yang dekat area ampang dan sekitarnya, jom ramai-ramai turun padang support Amir, Aizat dan lain-lain.

Doakan Amir sihat. Mudah-mudahan tak mengganggu masa nak perform. Amin. Insha allah. Till then. Jumpa lagi.

Wednesday, June 22, 2011

Konsert Aizat di Kuching bersama Amir , Dj Fuzz, Masterpiece dan Altimate

Haaa~lambat sikit update blog dah ni sebab kurang sihat. Amir perlu bersedia untuk Beatles Gig lusa. Amir sekarang dengan rasminya menjadi artis recording Aizat Amdan dalam Kasi Gegar Entertainment. Baru dapat surat pelepasa dari Astro, pelepasan unutk keluar dari Astro Entertainment.

Dan secara rasminya Joe Lee menjadi manager kepada Amir sekarang. Hidup sebenar Amir dah pun bermula.
Amir akan pastikan yang Amir tak akan sia-siakan peluang besar ni dan terus membuat seberapa banyak sendiri.

Tak lama lagi, Single Amir yang Amir gubah sendiri akan keluar, single yang bertajuk Tanpamu. So, nantikan ek.
Lupe pulak, Amir ade Konsert dengan Aizat bulan July nanti, kepada semua warga Sarawak , jom support Amir dan Aizat k, jap lagi Amir akan bagitau kat mane leh dapat ticket. Doakan untuk Amir agar selamat menghadapi semua dugaan dalam industri ni k~



Latest Poster! We have MASTERPIECE & AMIR JAHARI with us in Kuching.. :)


Aizat Amdan Live In Kuching

Date: 16 July 2011, Saturday
Venue:Perpaduan Indoor Stadium, Petra Jaya KCH
Time: 7.30pm
Tickets: RM35 (free standing & free standing) RM50 (VIP)

Tickets are available at mall.aizatamdan.com




Monday, June 20, 2011

I Love U Amni @>-- ! (Khas Untukmu)

Olla semua~ hehehe, harini Amir nak buat suprise untuk tunang Amir, Amni. Amir terasa rindu dekat Amni. Skarang ni mesti die sedang tidur, harap die baca la post ni bila bangun nanti.hehehe~

Ini kali pertama Amir kongsi perasaan Amir secara terbuka begini, sebab tak perlu nak rahsiakan lagi. Semua dah tahu yang Amir dah bertunang kan?hehehe~Amni seorang yang tabah, dialah orang pertama yang Amir pernah jumpa, yang paling sabar dengan kerenah Amir yang tak menentu ni (Nakal wei~).hehee, 

Walaupun Amir rasa rindu kat Amni, Amni tetap dihati Amir, bak kata orang, "Biarpun kita berjauhan, hati kita tetap bersatu," Amir akan cuba sedaya upaya Amir jadi lelaki yang lebih baik untuk dia. 

Lagu yang kat bawah ni khas untuk dia, yang selalu menjaga hati Amir walaupun dia tahu banyak dogaan yang perlu Amir dan Amni tempuh. Dan satu jugak, kepada korang yang ada orang yang anda sayang,korang leh bagi  lagu ni kat orang yang korang semua sayang tu :) k. Sebarkanlah cinta ini~ 

Suprise untuk Amni, Amir Jahari - Jaga selalu hatimu(Cover lagu Seventeen)



Amir Jahari - Jaga selalu hatimu(Cover)

Sunday, June 19, 2011

Penatnye~

Waaahh~Akhirnye balik gak kat Bukit Damansara. Amir harini pergi Bday Raqib AF9, Ade Eka AF9, Kay AF9, Miza AF9, Azri AF9, Erul AF9 dan member2 lain. Happening giler! Tapi Amir penat giler sebab masih lom dapat nak tido, ni baru je balik..

Lepas habis Bday Raqib AF9 tadi, Amir lepak dengan Eka AF9 dan member die kat A&W, waktu tu Amir dah ting tong habis, ngantuk giler la. Nasib la Amir masih dapat tahan lagi. Habis je makan kat A&W tadi, Amir terus g kedai Arab kat KL, Amir lepak ngan Maulana AF8, dan member2 yang ade kat Bday Raqib semua.

Habis je kiterorang lepak, Raqib AF9 pulak lapar..kite semua pindah kedai sebab kedai Arab tu makanan die takde makanan melayu, so, semua kiteorang pegi teman Raqib AF9 g makan kat kedai melayu tu. Yang paling best, Amir baru sampai kedai tu, pastu Amir baring kat kerusi die tau, kerusi tu macam kerusi kat tepi pantai yang boleh sandar, boleh plak Amir tertidur kat situ, Joe lee dah kejut Amir skali tau, pastu die cakap Amir bangun dalam 10 saat pastu baring, pastu boleh pulak tidur balik sampai dieorang habis makan dan nak balik semua. Memang Amir tak sedar la waktu tu sebab ngantuk giler. Macam-macam deorang buat kat Amir supaya kejut kan Amir, dah goncang bekali2 masih gak tak bangun. Amir gelak je lam kerete lepas Joe lee citer semula kat Amir masa die hantar Amir ke rumah. Pastu, Amir balik rumah dah macam orang mabuk dah jalan, ni Amir taip ni pun dah kenyit2 mate nak tidur.huuhu

p/s - Amir penat woo, esok kene bangun awal pulak sebab ade hal kat Astro, Amir nak tidur dulu ek, salam semua yang baca dan thanks sebab sudi baca..Peace!

Saturday, June 18, 2011

Kawan Lame datang jengok Amir la~!!

Hari ni memang penat giler bagi Amir, tadi Amir dengan Joe Lee pergi tengok gig kat bukit bintang(Palate Palatte Bar), pastu Amir ingat nak perform tadi, rupenye nama Amir takde lagi dalam list sebab Amir cakap tak sure haritu, Amir cakap Amir kene tengok jadual dulu..

Pastu jumpa kak Eka AF9 and semua geng kat Sungai Wang, tetibe kawan lame Amir dari Kuching cakap nak jumpe, Topoi dan Israk, terharu giler Amir..Diaorang memang rapat dengan Amir kat Kuching, kawan-kawan Amir kat Kuching lagi banyak blom jumpa..Topoi dan Israk je Amir jumpa~ Amir harini lepak dengan Topoi kat Kampus UITM Shah Alam, lepak dengan member baru Topoi. Israk pun ade skali kat sini.

Esok plan Amir nak pergi birthday Raqib AF9 , dekat Shah Alam jugak. Tu yang Amir pergi UITM Shah Alam sebab dekat je dengan tempat Birthday Raqib AF9 kan.hehehe~ Seronok cakap dengan kawan2 Topoi dari Shah Alam ni sebab diaorang sporting je~

Habis cerita untuk harini, esok Amir update lagi k~

P/S - Amir dah sehari tak tido~huhu~Tolong~

Friday, June 17, 2011

Aku kene Insomnia ker?

Hi semua, Amir masih belum ngantuk lagi walaupun dah lewat pagi. Amir baru balik dari jumpa Kay AF9, Joe Lee(Media Teacher in AF) dan Abang Bad(Manager Kay). Kiteorang lepak sambil Amir dan Kay diberikan motivasi oleh kedua-dua orang besar sebelah Kay dan Amir tadi.

Ade betulnye ape yang Abang Bad cakap tadi, kalau kite nak berubah, tak boleh kite cakap "ok, esok aku nak berubah", sebab kalau cakap camtu, sampai bile-bile pun kite tetap akan tangguh. Jadi, kepada sesiapa yang macam Amir, nak ubahkan diri anda, jangan cakap esok-esok ek..trus brubah.hahaha~

Amir rase berbaloi menunggu Joe datang ambik dan lepak dengan Abang Bad dan Kay sebab bile lepak ngan Abang Bad, ade je input, Joe Lee pun Amir rase bersyukur sebab die yang paling banyak berjasa dan nasihatkan Amir, bukan senang nak carik orang yang nak tegur kita..yang nak puji banyak~dan die tolong tengok-tengokkan Amir kat KL ni. Tanpa die, Amir takkan ada semangat untuk teruskan kehidupan Amir dalam industri ni~

Yang penting, nape Amir dah tak leh tido kol 12 malam dan bangun kol 6 pagi lagi ek~!?huhu~kene insomnia ke ape ni~hhuhu~

P/S: Thanks Abang Bad, Joe Lee, Kay !

Kisah Disebalik Lagu 'Masa Lalu'

Hi semua, Amir disini.hehehe~ Amir harini tetibe je rase repair lagu yang pernah Amir buat dulu. Tapi lagu ni akan dicantikkan lagi la nanti.

Kamu semua pernah tonton cerita Juvana (TV3) tak"? Haa~ Amir nak kongsi sikit tentang lagu "Masa Lalu" Amir ni. Haritu Amir pegi lepak kat kedai mamak sambil makan roti canai dan teh tarik, tetibe tetengok cerita Juvana tu, episode Juvana tu memang touching giler..Die mencuri untuk hidupkan family dia, Mak dia sakit dan ayah diaorang dah pergi , so si anak ni mencuri demi keluarganya, si anak ni pernah gak terfikir nak berubah, cari pekerjaan halal..tapi keadaan tak mengizinkan dia.

Dalam keadaan mak dia yang tenat itu, die tak ada pilihan dan sekarang dia berada dalam boy's home. Inilah lagu yang mengesahkan kehidupan budak itu yang selalu dalam kegelapan dan bersalah atas dirinya sendiri~



Masa Lalu - Amir Jahari


Pernahku rasa sakit begini, perit menikam di dalam hati..menyepi..
Salahku yang menjadi saksi, Salahku yang menjadi bukti..


Bridge : Aku tak ingin jadi begini, Aku tak ingin terus mengulangi
             Kesilapan yang pernah ku buat, Mungkin sampai disini saja, 
             ku tak ingin, tak ingin lagi~


Ku asyik terbayangkan semua, masa lalu yang gelap dijiwa,
Inginku keluar dari mimpi, Pergi jauh darinya


Satu saja yang ku pinta, hanya kamu yang ku mau,
Dapatkah ku atasi perasaanku ini,


semuanya terluka, kerna salahku..ooOO...

Thursday, June 16, 2011

Tanpamu

Hi semua, mesti pelik kan tibe2 je tajuk entry ni tanpamu. Sebenarnya, tajuk 'Tanpamu' ni adalah judul lagu bagi single pertama Amir yang akan dimainkan di radio seluruh malaysia tak lama lagi, InshaAllah. Ok, mari Amir citer sikit,  lagu 'Tanpamu" ini sebenarnya mengesahkan "Jam Putih'' Amir. Die selalu kejutkan Amir setiap pagi sewaktu Amir belajar di Aswara.

Walaupun dengan bantuan Jam ni, kadang2 ade gak hari yang terponteng.hikhik~

So..dengan rasa sayang kat "Jam Putih" Amir ni, Amir wat la lagu untuk menghargai jasa dia~ (Dah macam orang jam ni.hehehe). Tajuk "Tanpamu" ni asalnya ialah "Jam Putih", oleh kerana producer Amir (Anas Amdan & Aizat Amdan) tak brapa bekenan dengan nama tu, so die tukar jadi "Tanpamu" dan dengan tajuk "Tanpamu" itu..lirik ini boleh disampaikan tak kira apa pun benda ke, manusia ka..kan "Tanpamu" kan..semua pun boleh~hehehe..

Itulah cerita Single Amir yang pertama ni sebenarnya, korang baru tau kan.hehe~





P/S - (Tolong sebarkan berita ini kepada semua kawan2 dan peminat2 Amir)---> Menakutkan tak?hehehe~

Pembuka Cerita

Hi semua, ini adalah blog pertama yang ditulis sendiri oleh Amir Jahari dan blog ini akan menjadi diary Amir sepanjang perjalanan menjadi anak seni. Dalam blog ini jugak Amir akan kongsi hasil karya Amir dan cerita-cerita menarik sebelum atau selepas. Amir harap korang semua akan senang dengan kemunculan Amir di Blog.


Peace: Amir Jahari

p/s: Sorry kalau cam formal giler~hehehe!