Saturday, June 25, 2011

Amir dah kembali sihat~yey!~

Hye semua, rindu pulak nak tulis blog.hehehe. Dua hari Amir terlantar kat rumah sebab demam. Apa2 pun, Amir nak cerita time Amir ke gig Beatles dengan Aizat haritu..

Gig Beatles haritu memang gempak! pada mulanya Amir macam tak larat je nak nyanyi sebab ada batuk, selsema, demam dan atsma..tapi Amir rasa cam Amir nak jugak buat! Lagipun tak nak hampakan Aizat sebab haritu dah janji ngan Aizat nak join Gig tu~~

Amir rasa dah makin sihat dah hari ni, (dah boleh buat badan balik~hihihi) dan yang paling penting, dah boleh nyanyi cam biasa~Yey!!

Amir dah mula berlatih untuk tour pertama Amir under Aizat nanti, Amir akan bawak 2 lagu cover dan 3 lagu Amir sendiri~dan yang paling penting, Amir akan nyanyi single pertama Amir jugak nantI(Tanpamu).
So, untuk orang Sarawak dan Sabah, nantikan k~!

Thanks kepada semua yang follow Amir k~!!  Jumpa lagi~

Friday, June 24, 2011

Amir, Aizat dll-Open Mic Night Ampang

Dengan kesihatan yang tak mengizinkan memang agak kekangan untuk amir update entri selalu. Terima kasih atas segala komen dan doa pada entri sebelum-sebelum ni.

Beberapa hari ni sering di uji dekat sakit. Selsema, batuk, astma. Mujur ada Joe Lee. Joe Lee banyak bantu amir. Memang begitu kan? Ada masa sihat, ada masa sakit. Untuk beringat selalu, semua datang dari Dia.

Seperti yang amir bagitau dua hari lalu, malam ni amir ada Open Mic Night dekat Ampang bersama dengan Aizat Amdan dan lain-lain. Jadi, sesiapa yang dekat area ampang dan sekitarnya, jom ramai-ramai turun padang support Amir, Aizat dan lain-lain.

Doakan Amir sihat. Mudah-mudahan tak mengganggu masa nak perform. Amin. Insha allah. Till then. Jumpa lagi.

Ujian Dan Rezeki

Dengan kesihatan yang tak mengizinkan memang agak kekangan untuk amir update entri selalu. Terima kasih atas segala komen dan doa pada entri sebelum-sebelum ni.

Beberapa hari ni sering di uji dekat sakit. Selsema, batuk, astma. Mujur ada Joe Lee. Joe Lee banyak bantu amir. Memang begitu kan? Ada masa sihat, ada masa sakit. Untuk beringat selalu, semua datang dari Dia.

Seperti yang amir bagitau dua hari lalu, malam ni amir ada Open Mic Night dekat Ampang bersama dengan Aizat Amdan dan lain-lain. Jadi, sesiapa yang dekat area ampang dan sekitarnya, jom ramai-ramai turun padang support Amir, Aizat dan lain-lain.

Doakan Amir sihat. Mudah-mudahan tak mengganggu masa nak perform. Amin. Insha allah. Till then. Jumpa lagi.

Wednesday, June 22, 2011

Konsert Aizat di Kuching bersama Amir , Dj Fuzz, Masterpiece dan Altimate

Haaa~lambat sikit update blog dah ni sebab kurang sihat. Amir perlu bersedia untuk Beatles Gig lusa. Amir sekarang dengan rasminya menjadi artis recording Aizat Amdan dalam Kasi Gegar Entertainment. Baru dapat surat pelepasa dari Astro, pelepasan unutk keluar dari Astro Entertainment.

Dan secara rasminya Joe Lee menjadi manager kepada Amir sekarang. Hidup sebenar Amir dah pun bermula.
Amir akan pastikan yang Amir tak akan sia-siakan peluang besar ni dan terus membuat seberapa banyak sendiri.

Tak lama lagi, Single Amir yang Amir gubah sendiri akan keluar, single yang bertajuk Tanpamu. So, nantikan ek.
Lupe pulak, Amir ade Konsert dengan Aizat bulan July nanti, kepada semua warga Sarawak , jom support Amir dan Aizat k, jap lagi Amir akan bagitau kat mane leh dapat ticket. Doakan untuk Amir agar selamat menghadapi semua dugaan dalam industri ni k~



Latest Poster! We have MASTERPIECE & AMIR JAHARI with us in Kuching.. :)


Aizat Amdan Live In Kuching

Date: 16 July 2011, Saturday
Venue:Perpaduan Indoor Stadium, Petra Jaya KCH
Time: 7.30pm
Tickets: RM35 (free standing & free standing) RM50 (VIP)

Tickets are available at mall.aizatamdan.com




Monday, June 20, 2011

I Love U Amni @>-- ! (Khas Untukmu)

Olla semua~ hehehe, harini Amir nak buat suprise untuk tunang Amir, Amni. Amir terasa rindu dekat Amni. Skarang ni mesti die sedang tidur, harap die baca la post ni bila bangun nanti.hehehe~

Ini kali pertama Amir kongsi perasaan Amir secara terbuka begini, sebab tak perlu nak rahsiakan lagi. Semua dah tahu yang Amir dah bertunang kan?hehehe~Amni seorang yang tabah, dialah orang pertama yang Amir pernah jumpa, yang paling sabar dengan kerenah Amir yang tak menentu ni (Nakal wei~).hehee, 

Walaupun Amir rasa rindu kat Amni, Amni tetap dihati Amir, bak kata orang, "Biarpun kita berjauhan, hati kita tetap bersatu," Amir akan cuba sedaya upaya Amir jadi lelaki yang lebih baik untuk dia. 

Lagu yang kat bawah ni khas untuk dia, yang selalu menjaga hati Amir walaupun dia tahu banyak dogaan yang perlu Amir dan Amni tempuh. Dan satu jugak, kepada korang yang ada orang yang anda sayang,korang leh bagi  lagu ni kat orang yang korang semua sayang tu :) k. Sebarkanlah cinta ini~ 

Suprise untuk Amni, Amir Jahari - Jaga selalu hatimu(Cover lagu Seventeen)



Amir Jahari - Jaga selalu hatimu(Cover)

Sunday, June 19, 2011

Penatnye~

Waaahh~Akhirnye balik gak kat Bukit Damansara. Amir harini pergi Bday Raqib AF9, Ade Eka AF9, Kay AF9, Miza AF9, Azri AF9, Erul AF9 dan member2 lain. Happening giler! Tapi Amir penat giler sebab masih lom dapat nak tido, ni baru je balik..

Lepas habis Bday Raqib AF9 tadi, Amir lepak dengan Eka AF9 dan member die kat A&W, waktu tu Amir dah ting tong habis, ngantuk giler la. Nasib la Amir masih dapat tahan lagi. Habis je makan kat A&W tadi, Amir terus g kedai Arab kat KL, Amir lepak ngan Maulana AF8, dan member2 yang ade kat Bday Raqib semua.

Habis je kiterorang lepak, Raqib AF9 pulak lapar..kite semua pindah kedai sebab kedai Arab tu makanan die takde makanan melayu, so, semua kiteorang pegi teman Raqib AF9 g makan kat kedai melayu tu. Yang paling best, Amir baru sampai kedai tu, pastu Amir baring kat kerusi die tau, kerusi tu macam kerusi kat tepi pantai yang boleh sandar, boleh plak Amir tertidur kat situ, Joe lee dah kejut Amir skali tau, pastu die cakap Amir bangun dalam 10 saat pastu baring, pastu boleh pulak tidur balik sampai dieorang habis makan dan nak balik semua. Memang Amir tak sedar la waktu tu sebab ngantuk giler. Macam-macam deorang buat kat Amir supaya kejut kan Amir, dah goncang bekali2 masih gak tak bangun. Amir gelak je lam kerete lepas Joe lee citer semula kat Amir masa die hantar Amir ke rumah. Pastu, Amir balik rumah dah macam orang mabuk dah jalan, ni Amir taip ni pun dah kenyit2 mate nak tidur.huuhu

p/s - Amir penat woo, esok kene bangun awal pulak sebab ade hal kat Astro, Amir nak tidur dulu ek, salam semua yang baca dan thanks sebab sudi baca..Peace!

Saturday, June 18, 2011

Kawan Lame datang jengok Amir la~!!

Hari ni memang penat giler bagi Amir, tadi Amir dengan Joe Lee pergi tengok gig kat bukit bintang(Palate Palatte Bar), pastu Amir ingat nak perform tadi, rupenye nama Amir takde lagi dalam list sebab Amir cakap tak sure haritu, Amir cakap Amir kene tengok jadual dulu..

Pastu jumpa kak Eka AF9 and semua geng kat Sungai Wang, tetibe kawan lame Amir dari Kuching cakap nak jumpe, Topoi dan Israk, terharu giler Amir..Diaorang memang rapat dengan Amir kat Kuching, kawan-kawan Amir kat Kuching lagi banyak blom jumpa..Topoi dan Israk je Amir jumpa~ Amir harini lepak dengan Topoi kat Kampus UITM Shah Alam, lepak dengan member baru Topoi. Israk pun ade skali kat sini.

Esok plan Amir nak pergi birthday Raqib AF9 , dekat Shah Alam jugak. Tu yang Amir pergi UITM Shah Alam sebab dekat je dengan tempat Birthday Raqib AF9 kan.hehehe~ Seronok cakap dengan kawan2 Topoi dari Shah Alam ni sebab diaorang sporting je~

Habis cerita untuk harini, esok Amir update lagi k~

P/S - Amir dah sehari tak tido~huhu~Tolong~

Friday, June 17, 2011

Aku kene Insomnia ker?

Hi semua, Amir masih belum ngantuk lagi walaupun dah lewat pagi. Amir baru balik dari jumpa Kay AF9, Joe Lee(Media Teacher in AF) dan Abang Bad(Manager Kay). Kiteorang lepak sambil Amir dan Kay diberikan motivasi oleh kedua-dua orang besar sebelah Kay dan Amir tadi.

Ade betulnye ape yang Abang Bad cakap tadi, kalau kite nak berubah, tak boleh kite cakap "ok, esok aku nak berubah", sebab kalau cakap camtu, sampai bile-bile pun kite tetap akan tangguh. Jadi, kepada sesiapa yang macam Amir, nak ubahkan diri anda, jangan cakap esok-esok ek..trus brubah.hahaha~

Amir rase berbaloi menunggu Joe datang ambik dan lepak dengan Abang Bad dan Kay sebab bile lepak ngan Abang Bad, ade je input, Joe Lee pun Amir rase bersyukur sebab die yang paling banyak berjasa dan nasihatkan Amir, bukan senang nak carik orang yang nak tegur kita..yang nak puji banyak~dan die tolong tengok-tengokkan Amir kat KL ni. Tanpa die, Amir takkan ada semangat untuk teruskan kehidupan Amir dalam industri ni~

Yang penting, nape Amir dah tak leh tido kol 12 malam dan bangun kol 6 pagi lagi ek~!?huhu~kene insomnia ke ape ni~hhuhu~

P/S: Thanks Abang Bad, Joe Lee, Kay !

Kisah Disebalik Lagu 'Masa Lalu'

Hi semua, Amir disini.hehehe~ Amir harini tetibe je rase repair lagu yang pernah Amir buat dulu. Tapi lagu ni akan dicantikkan lagi la nanti.

Kamu semua pernah tonton cerita Juvana (TV3) tak"? Haa~ Amir nak kongsi sikit tentang lagu "Masa Lalu" Amir ni. Haritu Amir pegi lepak kat kedai mamak sambil makan roti canai dan teh tarik, tetibe tetengok cerita Juvana tu, episode Juvana tu memang touching giler..Die mencuri untuk hidupkan family dia, Mak dia sakit dan ayah diaorang dah pergi , so si anak ni mencuri demi keluarganya, si anak ni pernah gak terfikir nak berubah, cari pekerjaan halal..tapi keadaan tak mengizinkan dia.

Dalam keadaan mak dia yang tenat itu, die tak ada pilihan dan sekarang dia berada dalam boy's home. Inilah lagu yang mengesahkan kehidupan budak itu yang selalu dalam kegelapan dan bersalah atas dirinya sendiri~



Masa Lalu - Amir Jahari


Pernahku rasa sakit begini, perit menikam di dalam hati..menyepi..
Salahku yang menjadi saksi, Salahku yang menjadi bukti..


Bridge : Aku tak ingin jadi begini, Aku tak ingin terus mengulangi
             Kesilapan yang pernah ku buat, Mungkin sampai disini saja, 
             ku tak ingin, tak ingin lagi~


Ku asyik terbayangkan semua, masa lalu yang gelap dijiwa,
Inginku keluar dari mimpi, Pergi jauh darinya


Satu saja yang ku pinta, hanya kamu yang ku mau,
Dapatkah ku atasi perasaanku ini,


semuanya terluka, kerna salahku..ooOO...

Thursday, June 16, 2011

Tanpamu

Hi semua, mesti pelik kan tibe2 je tajuk entry ni tanpamu. Sebenarnya, tajuk 'Tanpamu' ni adalah judul lagu bagi single pertama Amir yang akan dimainkan di radio seluruh malaysia tak lama lagi, InshaAllah. Ok, mari Amir citer sikit,  lagu 'Tanpamu" ini sebenarnya mengesahkan "Jam Putih'' Amir. Die selalu kejutkan Amir setiap pagi sewaktu Amir belajar di Aswara.

Walaupun dengan bantuan Jam ni, kadang2 ade gak hari yang terponteng.hikhik~

So..dengan rasa sayang kat "Jam Putih" Amir ni, Amir wat la lagu untuk menghargai jasa dia~ (Dah macam orang jam ni.hehehe). Tajuk "Tanpamu" ni asalnya ialah "Jam Putih", oleh kerana producer Amir (Anas Amdan & Aizat Amdan) tak brapa bekenan dengan nama tu, so die tukar jadi "Tanpamu" dan dengan tajuk "Tanpamu" itu..lirik ini boleh disampaikan tak kira apa pun benda ke, manusia ka..kan "Tanpamu" kan..semua pun boleh~hehehe..

Itulah cerita Single Amir yang pertama ni sebenarnya, korang baru tau kan.hehe~





P/S - (Tolong sebarkan berita ini kepada semua kawan2 dan peminat2 Amir)---> Menakutkan tak?hehehe~

Pembuka Cerita

Hi semua, ini adalah blog pertama yang ditulis sendiri oleh Amir Jahari dan blog ini akan menjadi diary Amir sepanjang perjalanan menjadi anak seni. Dalam blog ini jugak Amir akan kongsi hasil karya Amir dan cerita-cerita menarik sebelum atau selepas. Amir harap korang semua akan senang dengan kemunculan Amir di Blog.


Peace: Amir Jahari

p/s: Sorry kalau cam formal giler~hehehe!