Friday, June 24, 2011

Amir, Aizat dll-Open Mic Night Ampang

Dengan kesihatan yang tak mengizinkan memang agak kekangan untuk amir update entri selalu. Terima kasih atas segala komen dan doa pada entri sebelum-sebelum ni.

Beberapa hari ni sering di uji dekat sakit. Selsema, batuk, astma. Mujur ada Joe Lee. Joe Lee banyak bantu amir. Memang begitu kan? Ada masa sihat, ada masa sakit. Untuk beringat selalu, semua datang dari Dia.

Seperti yang amir bagitau dua hari lalu, malam ni amir ada Open Mic Night dekat Ampang bersama dengan Aizat Amdan dan lain-lain. Jadi, sesiapa yang dekat area ampang dan sekitarnya, jom ramai-ramai turun padang support Amir, Aizat dan lain-lain.

Doakan Amir sihat. Mudah-mudahan tak mengganggu masa nak perform. Amin. Insha allah. Till then. Jumpa lagi.

No comments: