Monday, August 22, 2011

Raya dah dekat wei!!!!!!

Hi semua!
Bertemu kembali~hahaha~ :P

Raya dah dekat lah, and esok Amir balik kuching~!! WOHOOO!!
Tapi, ade gak kawan Amir yang kat Bukit Bintang ni tak dapat balik raya kat Kuching..kesian gak la sebab masalah kewangan sikit~ Name die Chef Zul, die slalu masak untuk kiteorang kat Zawiah~ Kalau nak cari Chef untuk masak waktu kawen ke, ape ke, boleh je jemput die melalui Amir k~ hehehe~

Ni link facebook Chef Zul, kalau nak tau lebih detail lagi leh add die kat Fb ye..Die masak sedap wooo!! Sumpah sedap!

Facebook Chef Zul : http://www.facebook.com/The.crying.sinatra

Di samping itu gak, ade video special kepada yang tak dapat balik beraya~ Jangan sedih2 and enjoy video ni yee!! :)


 P/s : Harap semua terhibur yee~ Give us a feedback on what song do you want Amir to Cover also~

Saturday, August 20, 2011

Contest Bersama Amir Jahari - Tanpamu!!

"INI ENTRI MELEKAT. UNTUK ENTRI BARU, SKROL KAT BAWAH YER. TERIMA KASIH"




Hello semua, ni syarat2 untuk Contest Amir~

Syarat penyertaan :
1) Umur Amir tak kisah brape ke brape k~

2) Sebarkan contest ni ke 3 orang (minimum, dan tak kisah ke facebook ke, blog ke or twitter)

3) Bagi link orang yang anda tag kat fb, twitter or blog kat kotak komen Amir Jahari punye blog.(Link je k)


4) Tarikh tutup contest ni pada "20 Ogos 2011"





Apa yang anda perlu buat! :

1) Berikan pendapat anda yang paling Creative tentang keseluruhan lagu Tanpamu ini.

2) LETAK pendapat creative anda dekat comment blog Amir bersama bukti contest yang tersebar.
 
3) Pendapat yang paling Crative akan mendapat "Hadiah misteri" yang Exclusive dari Amir sendiri!



So, ape lagi, Jom sertai contest Amir Jahari - Tanpamu!!

Nak dengar Full Version lagu Tanpamu tak? :)

Asalamualaikum,

Pemunguman!!
Kepada supporter Amir Jahari yang tegar, korang semua boleh dengar lagu Amir dekat (SoundCloud) Link yang dekat bawah ni~

http://soundcloud.com/amirul-cruzo

Komen lagu Amir dan komen anda sangat2 dihargai sebab dari situ Amir boleh perbaiki lagi kesilapan Amir ye~ :)

Wednesday, August 17, 2011

Glee Is Amazing! "Born This Way"

What do you know! Sekarang Amir gilekan Glee!!
Haritu pergi tengok cerita Glee 3D Concert dengan manager Amir, sebelum ni tak tau pun Glee ni best! Bile dah tengok Concert 3D haritu terus rase cam nak menangis bile Glee buat pembukaan Consert 3D tu. Amir pun tak tau kenapa, mungkin sebab Amir dapat rasa 'Soul' dieorang waktu nyanyi tu.

Perasaan tu seolah2 macam.. emm...ape ek?

Ha! seolah2 Allahyarham P.Ramlee hidup semula dan buat Concert!

Macam tu la..perasaan teruja nak tengok cerita Glee walaupun sebelum ni tak pernah tengok pun, Just tengok diaorang buat pembaharuan lagu2 skarang kat youtube. Walaupun cerita Glee ni macam budak2 sikit..tapi cerita Glee ni banyak Motivation die tau.

Contoh? Ok, macam Glee yang dalam episode satu ni, die bawak lagu "Born this way". Dalam episode ni Amir belajar untuk menerima kekurangan dalam diri Amir yang slama ni orang slalu kutuk2, dan dari situ jugaklah Amir memperbaiki diri Amir kepada yang lebih baik..

Stakat ni je entry harini, Enjoy video bawah ni ye...khas untuk semua~ :)

Tuesday, August 16, 2011

Satu

Assalamualaikum, Hi semua..

Harini Amir ade show dekat NTV7 rancangan Bella, harap2 Amir dapat buat baik la..sebab harini LIVE.Doakan untuk Amir sekali ye semua..berkat bulan Ramadhan ni dasyat tau! hehe :)

Haritu ade buat recording suke2 je kat rumah kawan..yelah, lame dah tak update lagu cover,so Amir dah buatkan dah untuk supporter Amir kat luar sane.

Ni bekenaan dengan ketuhanan gak a, Amir suke lagu ni sebab ade maksud yang amat indah..Satu - Dewa19.
lagu ni dah lame dah Amir main, tapi tak reti2 nak buat cover. Ni baru nak buat~ Haiyaaa!~ Amir harap kite dapat same2 menghayati lagu ni dan selamat beramah ye :) (Tiru gaya Johan Rajalawak) Hehehe~


Friday, August 12, 2011

Tanya sama POKOK~

Asalamualaikum semua...sihat ke?
Bulan puase ni memang best nak buat lagu2 baru..baru siapkan 3 lagu baru untuk koleksi Amir sendiri~

(Pokok - Meet Uncle Hussain) ---> Ni merupakan lagu kegemaran Amir sekarang, tak taulah apa yang buat lagu ni special sangat, bile dengar je lagu POKOK ni, perasaan kat lagu tu macam sesuatu yang gelap, suram, tapi ade melodi happy yang tak terungkap dengan kata2.

Bagi Amir lagu ni memang ade something special, lagi2 bile Hazama yang nyanyikan lagu ni, suare die yang serak2 basah buatkan lagu ni lagi bermakna.

Dengan segala hormatnya Amir akan nyanyikan lagu ni untuk semua supporter Amir kat luar sane ye~
Hope Enjoy!


Sunday, August 7, 2011

Gelora Jiwa!

Salam semua...slamat menyambut bulan Ramadhan yeee~
(Ade yang ponteng puase tak nih? Haaaa~)

Gelora Jiwa~

Nape tajuk Gelora Jiwa ek?hehehe..

Sebenarnya...Jiwa Amir bergelora sebab Amir cube nak wat lagu baru, bile buat jew, mesti ade je halangan!
Mase tak cukup laa~ Penatlaa~ Gangguan manusia sekeliling la~ Aiyaaa.. Amir rase cam nak larik je dari semua masalah, then pergi bercuti, pergi tepi laut dan bukak guitar and compose a new fresh song~

Kan best dapat bercuti sekejap kan?hehehe~"Sayang,nanti balik Kuching kite buke puase tepi laut nak?hehe"
Hati ni bergelora sangat nak buat lagu~ Gelora, Gelora, Geloraa~~

Enjoy dengan video Amir kat bawah ni k~ huhu~


P/S : Dan lapar, Lapar , Lapar...bile nak berbuka ni..lambatnya~