Friday, September 23, 2011

Chord lagu Tanpamu ek?

Hehehe, salam.

Sorry lama tak update, sebab busy training sana sini dengan pemuzik untuk Muzik-muzik haritu.

Topik kita hari ni ialah, Chord lagu Tanpamu. Hehehe :P Banyak jugak yang tanya mintak chord lagu tu, jawapan Amir, seperti biasa, Usaha tangga kejayaan. Korang carik sendiri dulu chord tu, nanti Amir akan bagitau. Slow2 yee.. tapi waktu Amir bagitau tu maybe dah keluarkan single ke 3 kot~ hahaha :P

Dulu, first time blaja main gitar, seronok sangat. Tengok buku chord, beli buku lagu serta chord then main setiap hari. Lepas pulang rumah je terus main gitar tak henti2. Malam pulak masa untuk belajar. Kalau orang minat baca buku, orang akan panggil Ulat buku. Kalau yang rajin main gitar? Ulat Gitar~ hahahaha~

Setiap hari Amir belajar gitar dan lagu first blaja is Kau Ilhamku. Memang seronok bila dapat cari sendiri tanpa tengok buku Chord. Rasa cam puas sangat. Usaha selama ni dah pun nampak hasil kan~ Tu lah Amir cakap, cuba cri sendiri dulu chord lagu tanpamu, Usaha Tangga Kejayaan.. Kalau nak ambik jalan singkat je, sekejap je blaja tu, pastu dh tak nak belajar main lagi dah. And yang pentingnya, passion dalam muzik korang memang takdelah. Mana tak nya, asyik bergantung dengan benda senang je kan~ :P

Amir masuk muzik-muzik haritu, masa rehersal ingatkan dh recording, so Amir all out la masa tu. Rupanya, belum. Then bila dah recording tu, dah lari sikit semangat~ hihihi :P Alamak, terlebih la pulak!


Sampai sini je blog Amir harini, hope korang still follow Amir lah ye :) Thanks sebab baca. Peace!

Monday, September 19, 2011

Praktis dengan Pemuzik Amir :)

Hai semua! Sala, maaf hari ni lewat sikit nak update blog~

Harini pening kepala sebab 21 haribulan nanti nak perform untuk Muzik-muzik. Tapi pemuzik semua ada hal sendiri, dan tak praktis. So, Amir ambik keputusan bawak kawan2 Amir dari Aswara dan kawan kat tempat Amir tinggal ni main untuk muzik-muzik nanti. Fuhh, penat la praktis tadi. Harap semua berja;an dengan lancarlah lepas ni kan.

Semalam ada perform kat Taman Tun, untuk lunch Cafe baru kat situ, nama kedai tu Mukha. What special about Mukha is, aku dapat rasa cuppacino yang diaorang buat semalam. SEDAP!@ So, kalau nak rasa coffee dengan tenang dan sedap, korang boleh ke cafe Mukha dengan Taman Tun sana k. hehe :P

Aku terasa cam nak stop smoking lah..tapi susah~ Walau apa pun jadi, aku nak berhenti gak lepas ni :) Korang takde nak ambik aku untuk perform ke? hehehe :P (kidding)

Ni, dulu lepas kene GUGUR dari AF tu aku ada intervview kat Era as Amir AF9, dalam masa yang sama jugak, budak2 XFM tau lagu baru aku, tapi masa tu lagu tu masih lagi nama Jam putih dan sekarang tukar kae Tanpamu, diaorang ambik video aku dan sekarang lagu aku ada kat carta 40 XFM, kalau nak undi, tekan SINI! :) Sekarang number 20 dalam carta tu ~

Dan ni video aku yang diaorang record haritu, Hope enjoy Yah!

Sampai ni je entry aku harini, jumpa korang lagi esok hari ok :)
Bye~

P/s Aku rasa enjoy sangat praktis dengan muzik latar harini :)

Saturday, September 17, 2011

Suara Kami & Rumah terbuka Aizat

Salam sejahtera semua,

Hari ni aku tak nak cerita panjang sangat sebab aku tak story nak bagitau sangat ~ Semalam aku ke konsert Suara Kami astro tu..Aku salute dengan Noh ( Hujan) sebab menayangkan bendera Sarawak dan lepas tu tukar ke bendera Malaysia. Aku rasa nama lagu yang Hujan bawak time tu Tempur kot..tak tau nama lagu baru tu, tapi muzik dia best.

Lepas tu aku tertarik dengan mamat India ni.. nyanyi lagu India..projection suara, emosi suara, memang mantap giler. Aku terbodoh kejap semalam tengok mamat India tu nyanyi. Hehehe :) Untuk mamat India tu, U have an Owesome voice dude!

Persembahan yang aku tertarik lepas tu hanyalah performance dari local Artiste. Macam Yuna, Faizal Tahir, Malaysian Boy(Ila Damia and Altimate..yang dua lagi tak tahu nama, sorry :P). Tu je lah performance yang aku tertarik semalam. Habis je Suara Kami, aku, manager aku dengan Ted pergi rumah Aizat..

Sampai je rumah Aizat, pergi bersalam-salaman dengan ahli keluarga Aizat, termasuklah Aizat sekali, then kita borak panjang lepas tu dengan Aizat semua~ ":P Tu je lah apa yang aku buat semalam :)

P/s Sorry takde story sangat, and sorry Amni..

Friday, September 16, 2011

Apa makanan kegemaran Amir ek??

Salam..

Semalam aku cuba untuk masak bubur..sebelum ni memang belum pernah masak bubur, masak nasik selalu lah~ Tapi semalam aku terletak terlampau banyak nasi hingga tak dapat nak tambah air..lagipun periuk untuk masak tu kecik la~ nam tambah air dah tak leh dah~ huhu :(

Tapi takpe, bubur sudah jadi nasik kan? Aku pergi kat peti sejuk, tengok, ada daging, then terus keluarkan daging, aku masak daging kari pulak lepas tu~ Yeah! Daging kari cincai namanya~ Tapi banyak yang puji laah masakan aku sedap~ hehehe! Aku bantu abang zul je masak daging tu sebenarnya~ hihihi :P

Jap lagi Amir nak cuba masak bubur lagi sekali lah~ ada sesiapa yang nak bantu Amir masak? Jom2! heheheh~

Makanan kegemaran Amir ek..? Em...soalan ni kebisaan nya time sekolah2 dulu kan..kalau ada perempuan nak bekenalan , dia akan mintak biodata..mesti ada makanan kegemaran skali~ hehehe~ Lucu lah time sekolah2 dulu! :P

Makanan kegemaran ye? Amir suka Mc Donald, Kfc, Ayam masak merah yang mak buat, Ayam masak kicap yang mak buat jugak, hehehe, lagi.. Hati ayam kat kedai Abang Nazib kat Dayang Food Corner, tu yang the best lah! Haaaa, tu la makanan favourite aku. Dan makanan yang paling2 aku suka, Nasi, Telur mata kerbau, kicap manis plus ikan bilis! Waaaa!!!

Air pulak, aku tak kesah sangat lah pasal air..janji dapat diminum sudah kan~~ hehehe! Bah, ok lah, Amir nak pegi masak sambil dengar radio ni~ Jumpa lagi esok yee! :P

P/S Sorry sayang, bukan Amir yang masak daging, Amir just bantu Abg Zul jak~ :P


Thursday, September 15, 2011

Hargai Anugerah yang Tuhan bagi ~


Salam. Aku tersedar sesuatu bila Joe lee ( Manager aku ) cakap tadi..bila seseorang ada bakat atau anugerah dari Tuhan kan..mesti tak diguna sebaiknya~ Dan dia jugak tegur aku bab yang tu..Aku rasa dah tiba masanya untuk berubah.. Bila lagi nak berubah..kalau tunggu esok, mesti akan jadi lusa..kalau tunggu lusa, jadi minggu depan..kan?

Semalam Birthday Ted, kawan aku dan Joe, kita pergi raikan dengan makan dan main bowling..Hehehe, best la harini dapat keluar peluh! Esok aku nak keluar peluh lagi lah..

Hati aku sekarang memang kuat nak katakan untuk berubah..bila seseorang nak berubah, mesti ada banyak dugaan kan? Korang doakan untuk aku ye dapat atasi dugaan tu dengan penuh sabar..

Lagi satu, semalam aku pergi kolej aku, ASWARA. Nak pergi melawat kawan2 and lecturer aku kat sana. Best sangat dapat jumpa diaorang harini. Aku jumpa singer songwriter baru kat Aswara. Nama dia kak Mimim Hamzah~ Kalau nak dengar lagu die, pergi ke link ni~ ( Mimim Hamzah ). Puas dapat jumpa dengan Lecturer gitar clasic aku, En, Rosdan Abbas tadi.  Walaupun jumpa kejap je..

Aku akan mula pandang ke depan sekarang, untuk tempuh hari esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan bila2, asalkan ke depan lah :P Sampai ni je entry aku harini..esok kita jumpa lagi..
P/SThanks kepada yang baca blog aku. Terharu sangat..and btw, Ms, Amni, I miss u so much! 

Wednesday, September 14, 2011

Amni, Amir pernah bahagiakan awak tak?


Harini nak jiwang2 sikit bleh? hee :P Sebelum ni aku tak pernah tanya kat tunang aku, Amni.. ni Amir nak tanya..Amir pernah tak buat Amni rasa bahagia..takut2 esok Amir dah takde kan.. Kalau dapat jawapan dari Amni..memang rasa tak akan menyesal hidup~ :P

Kenapa tiba-tiba aku jadi jiwang harini? sebab semalam aku tengok cerita jepun..sweet giler cerita tuh, nama cerita tu " I give my first love to you " Cube carik kat Youtube kalau nak tengok..sedih plus happy~ :P Tapi pat ending tu memang tak leh blah la sedih nye~ :'(

Tu apa yang aku buat semalam..ni aku baru je bangun tidur, bangun je terus menghadap lappy :P Adakah ini simptom addict dengan Blogspot and Facebook~ Haiyooo, susah la camni~ hehehe, takpe2!

Dah dua hari aku dapat bangun di pagi yang indah, sebelum ni bangun mesti dah pukul 2 petang, pukul 3, haaii~ Tapi skarang dah bangun pukul 7 pagi,  9 pagi..Alhamdulillah la dapat jaga tidur dah skarang nih~

AIM Amir tak dapat laa~ Sebab ada dua yang sangkut haritu.. Best New Artist aku dapat Top 10 dengan Best Pop Song pun Top 10..tak sampai Top 5 pun.. Tapi Alhamdulillah jugak la sebab budak2 AF satu pun tak dapat Top 10 kecuali Hazama..tapi tu pun bukan Hazama, Lagu MUH yang dapat masuk~

Belum tiba masa aku kot..:p Kan?

Harap Lepas ni perjalanan aku akan lebih stabil lah kan~ Amin..Sampai ni je Entry aku harini... Hope korang happy2 slalu k! Tanpamu, Takkan ada blog aku ni :P

P/S Pagi-pagi ni kalau ada orang belanja nasi lemak pun sedap kan :P

Tuesday, September 13, 2011

Wa, tempat tinggalku ramai kembali!

Salam semua! Salamat pagi, best la hirup udara segar pagi2 ni kan2! hee~

Semalam semua kawan2/Abang2 angkat aku balik dari Cyprus. Semua pergi jumpa Syeikh Nazim kat Cyprus~ Jelesnya...takpe, tahun depan booking nak pergi sama la~ hehehe :P ( ada yang nak ikut jugak? :P)

Harini bangun je tidur, terus bersemangat! Tak macam semalam..semalam, bangun jap, then rasa nak tidur balik~ hahahaha~ Tak tau lagi apa aktiviti Amir nak buat harini. Macam takde nak buat apa2 je~ Pagi - pagi ni terasa cam nak makan roti canai je..mesti sedap kan! Wawawa, nak mandi la jap lagi then ke mamak atas tuk makan roti canai..

Aku nak cakap something ni, harap maaf kepada semua peserta Contest Amir Jahari haritu sebab keputusan lambat sikit nak keluar sebab aku perlu uruskan hal lain yang banyak~ Contoh : Comfirm Amir akan collaborate dengan Altimate dan sekarang busy buat lagu untuk aku dan Altimate~

Sorry ya guys, sok aku update lagi k~ :)

P/S Take care semua~ :P 

Monday, September 12, 2011

Waarrgghh ( Ngantuk lagi ke :P )

Salam semua..harini cam tak bermaya je. Tapi takpa, aku tetap berusaha untuk bangun jugak. Nak tulis blog untuk korang :)

Semalam aku buat Group kat Facebook, tapi malangnya Group pertama aku buat gagal.. Nama group pertama tu MusicLand. Tetiba aku rasa cam budak2 je semalam. Terus aku tukar. Sekarang aku dah ada group baru, kalau korang nak ke group tu, click SINI.

Hrini Amir ke Radio Era untuk Interview Carta Era 40. Carta Era ni akan dimain kan hari Ahad nanti, Korang semua dengar tau. Harini jugak, manager Amir tak brapa nak sihat,..Amir pulak rasa nak tidur je harini~ hee~
Jadi panda kejap :P

Ni gambar masa kat radio era tadi~ :P


Sampai sini jelah entry aku hari ni k. Esok aku update lagi~

P/s Cik Amni, dimanakah kamu ??

Sunday, September 11, 2011

Dari mana datangnya ilham?

Salam  semua..apa khabar??

Sinopsis Musicland dan apa yang berlaku hari Ahad :

Kepada yang baru Join blog ini, selamat datang ke MusicLand dan saya adalah Putera untuk MusicLand. MusicLand adalah satu wilayah dimana negeri yang aman damai dan setiap hari ahad, semua penduduk akan hilang kewarasan sebab esoknya semua orang balik bekerja..so, dengan cara itu, hari Ahad aku sebagai putera akan mengekalkan keseimbangan cinta dalam hari tu agar orang tak waras..Magic yang aku ada ialah penyebar cinta melalui lagu aku..itu sedikit sebanyak cerita tentang hari Ahad~ " Tengah berimaginasi :P "

Banyak orang tanya kat Amir..dari mana kebiasaannya aku dapat ilham bila buat lagu?? Inilah perkara sebenar yang terjadi..Aku tak paksa untuk ilham tu keluar, tapi aku biarkan ilham tu keluar dari kepala otak aku secara semula jadi..ilham bukan benda yang dapat kita carik tau, ilham datang semula jadi...

Selain datang semula jadi, ilham aku jugak kebiasaannya datang dari Princess aku, Amni. Dia juga merupakan sumber ilham aku yang paling besar jugak la~

Yang paling last skali, aku suka buat lagu bukan lagu cinta ja, aku buat semua skali..sampaikan Jam Loceng aku sendiri aku buat lagi menjadi Tanpamu~ Tapi Tanpamu tu korang boleh relate semua beenda sebab ayat dia bertapis sikit la kan~ :)

Haa..semalam Amir pergi Showcase Liyana Fizi..showcase untuk lounch album terbaru dia..secara tak sengaja jugak aku terserempak dengan orang yang sangat2 berpengaruh dalam hidup aku. Inspirasi lagu aku kebanyakkan datang dari Faizal, Noh, Yuna, Aizat Monoloq, Altimate, Bunkface, dan juga...
Zee Avi 

Rasa beruntung jugak la bila berpeluang bercakap dengan dia dan dengan bangga sekali sama orang sarawak.. Sampai ni je entry aku harini..jumpa kamu semua esok~ :)

p/s Walaupun Zee ke Yuna ke..Amni jugak yang paling berpengaruh untuk aku mencipta lagu :P



Saturday, September 10, 2011

Bertemu dengan Dato' Siti Nurhaliza


Semalam aku dengan manager aku ke Funky Fresh. Tengok budak2 yang akan dance untuk music video lagu terbaru Siti Nurhaliza. Masa tu aku dalam bilik tengah baca Komik, tetiba dengar suara yang fimiliar kat Radio and Tv, angkat je kepala, tengok Siti Nurhaliza depan aku. Aku respect dengan usaha Siti sehingga menjadi artist A-level sebab dulu masa dia start nak naik pun dia mula dari bawah..aku tabik kat dia sebab dapat menepuh dugaan dengan cool ~ Ni ada gambar aku dengan Siti ~
Muka aku nampak cam takot je, hahaha!

Lagu Tanpamu Amir mesti korang dah dengar..bagi sesiapa yang belum dengar boleh click sini --> Amir Jahari untuk dengar, or boleh dengar kat Blog ni jugak :)

Agaknya, single ke-2 Amir nanti camne ek? Nak tau tak camne bunyi die?? Kat bawah ni contoh single ke-2 aku..InshaAllah la akan pakai lagu ni. Lagu yang kat bawah ni tentang Penghibur Jalanan yang selalu ditindas oleh masyarakat sebab kebanyakan orang tak tahu apa sebenarnya yang pemusic jalanan ni carik, cam pengemis?? tak! sebab keinginan kuat untuk bekarya, kepuasan bila perform dan membuang sifat ego dalam diri. Kenapa buang sifat ego? Kalau korang, berani tak kalau aku suruh korang berdiri satu sudut, pegang apa2 instrument dan main kat tempat yang ramai orang? Masih malu kan...malu tu la ego..sebab takut orang cakap jadi pengemis la..tu la...ni la...kan??

Ada orang pernah tegur aku dalam youtube, die cakap " ko ni bukan busker la mir," ~ Well, now i tell u what the meaning of busker / penghibur jalanan itu sendiri ok~ :) Hope enjoy semua!


Dah dengar...? What do you think..? Give me feedback k guys, tak kisah feedback korang bad or good, Amir sedia mendengar dengan hati terbuka k :)

Ada jugak yang tanya aku, ' bila agaknya ko nak kawen? ' ..umm..tentang tu.. InshaAllah kalau ada rezeki yang mencurah2, 2 tahun lagi kita kawen ye Miss Amni :P. Kalau  ada halangan, delay la nampaknya~ Sampai ni je entry aku harini, hope korang leh bagi feedback kat lagu 2nd aku tuh ye :) Jumpa lagi esok! :)

P/s: Korang, sorry ye Amir guna aku, sebab nak buat korang yang baca macam kawan aku sendiri :)

Friday, September 9, 2011

Tuan Puteri..I Miss u


Salam semua..Slamat datang ke MusicLand..

Hari ni aku dah sembuh sepenuhnya~ Tak demam lagi dah :)
Korang apa kabar semua? Ada yang tak sihat??

Hari ni tak kemana sangat, tadi pegi jenguk family KTAJ yang kucing haritu je, semua
operasi mencari lagi malam tadi..

Aku rase cam ada benda kurang sangat malam tadi..korang tau tak ape?huhuuu~ Malam tadi Tuan Puteri tak call dan ucap slamat malam kat aku...tetiba rasa lain sangat pulak.

Tuan Puteri masih demam..bertambah2 la risau...kalau la Tuan Puteri baca entry aku skarang..

Bila tak dapat kol dari dia baru tau yang pentingnya bila dapat dengar suara dia..hati cam happy bila dapat dengar suara dia..bila tak dengar..lama2 jadi rindu..lama2 sedih..:(

--> Kalau la aku tak tukar prepaid dan terus pakai bill..kan aku dapat borak tanpa limit.
--> 'Nada macam iklan rempit yang cakap.. Kalaulah aku tak teruskan..hihii'

Untung lah siapa yang baca entry aku harini sebab aku nak umumkan yang contest aku dah ada pemenang! Tapi tak brapa untung sebab aku tak nak sebut lagi pemenang ituuu~hehehe :P Sampai sini je Prince Diary hari ni..

Jumpa korang esok!


p/s : Tuan Putri..cepat la sembuh yee..dan satu lagi..I miss u...

Thursday, September 8, 2011

Berduet dengan Ultimate? Serius?

Salam bahagia, Salam Syawal yang mulia~

PERHATIAN !
1) Kepada yang membaca Prince Diary ni, secara sahnya anda adalah Penduduk Musicland.
2) Dalam Blog ni, sayalah Putera dalam Musicland tu yee :P (Tu jee~)

Hi semua, Putera disini, hahaha, baru menarik nak baca kan~ Tiba2 lak ada Putera.
Thanks coz sudi baca ' Prince Diary ', dan tak jemu nak jengok2 aku. THANKS!

Semalam aku keluar dengan Manager aku, Klubbkidd. Kita pergi lepak kat Bestari, Hartamas. Pastu Klubbkidd pun bawak la Ultimate skali lepak. Then....mulalah bercerita~

Bla..bla..bla...bla..bla...bla ~~

Dan hasilnya..Ultimate nak duet dengan aku. Alhamdulillah~ Lepas ni kene buat lagu untuk aku dan Ultimate duet betul2, aku rasa teruja sangat sebab dapat bekerjasama dengan Ultimate. Korang doakan agar projek ni menjadi..'Amin'    

P/s : Dunia Musicland semakin pupus sebab penduduknya masih kurang..Bantulah Putera tuk menambah penduduk di Musicland ini :)

Wednesday, September 7, 2011

Kucing, Daisuki desu!

Salam perpaduan, salam persatuan, salam muhibah, salam!

Hehehe, baru je bangun dari tidur sebab semalam balik lewat~
Nak tau Amir buat ape semalam..?Kenapa lewat sangat tidur...buat ape kan...?Haaaa~

Hehehe, semalam aku pergi tolong kumpulan 'Kucing Terbiar Anjing Jalanan' (KTAJ) kat Damansara Damai..baru2 ni ade kes Pet Owners mintak orang jaga kucing dieorang, nama tempat penjagaan haiwan tu Petknod. Tapi orang yang tolong jaga ni tak berhati perut langsung, dieorang just biar kucing tu tak makan, tak minum, dengar2 sampai 7 hari kot. Kalau manusia, tak tau lah..ade pulak kucing jagaan orang terlepas, banyak jugak la..tu yang aku pergi tolong semalam. Carik punya carik sampai kol 3.15 pagi beb~ Tapi puas hati la dengan dieorang yang tolong carikan sama tu semua bersatu padu...

Aku dapat tolong tangkap seekor je semalam..tapi syukur la..dapat gak tolong dari takde ape2 kan..Tu lah yang tidur lewat semalam..hehehehe~

Eh, lupe nak bagitau korang, Aku sekarang layan komik dari Artist Malaysia, Kaoru. Nama Komik yang dia lukis , Helios Eclips! Aku dah habis bace dah sebenarnya...ade 8 buku..tapi jap lagi aku nak layan balik la~ hehehe!

Bubye semua, esok aku update blog lagi ek~ thanks kepada yang sudi bace blog Amir.."Ade ke orang nak bace ni... :P "

Uhuk! Bahagianyaa :)

Salam, Amir Jahari disini.. Keadaan kurang elok skarang ni...Amir kurang sihat sikit..ade demam, batuk, sesak nafas, fuhh~

Tentang contest Amir, dah ade pemenang dah, tak lame lagi Amir akan umumkan.

Hari raye tahun ni best sangat sebab dapat beraya kat kampung macam tahun2 yang lepas, yang buat die best sangat sebab aku beraya dengan tunang aku. Setiap hari aku ngan tunang aku jalan raya sama2~ jalan rumah kawan die, jalan rumah kawan aku jugak. hari raya ke - 2 je aku jalan ngan family kat kampung Simunjan, Sarawak. Tu pun tunang aku teman aku skali...waaa~ Bahagianyaaa :)

Bagi siapa yang masih tak tahu tentang pekembangan aku sekaran, aku skarang recording dengan Kasi Gegar( Aizat punye) tapi dibawah management J Play. Tak lame lagi akan Shoot untuk music video lagu single pertama aku, Tanpamu dan dalam perancangan untuk single kedua aku. Last skali, aku skarang rakan Blackberry dan video single aku nanti akan shoot guna Playbook Blackberry aku punye~ (Dapat blackberry OS7 free lagi tuhh~ hehe :P)

Mulai sekarang, aku akan rajin2kan diri untuk update blog..sorry la kalau blog ni slama ni tak active sangat, tapi untuk mase skarang, aku akan slalu aktivekan yee!

p/s : My princess pun demam skali..doakan kite cepat sembuh yee~ :)

Friday, September 2, 2011

Photoshoot & Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Raya macam mana? Ni satu daripada gambar hasil dari photoshoot yang kawan buat masa balik dari KL hari tu. Masa ni masih puasa lagi.  

Siapa-siapa kawan nak gambar yang menarik, boleh lah hubungi Syah. Banyak lagi koleksi yang menarik, cuma Amir tak sempat nak upload kat sini. Insha Allah bila ada kelapangan, Amir upload gambar raya pulak yer.... 

Selamat bergembira. Hati-hati di jalan raya. Jangan main mercun tau~~~