Tuesday, October 25, 2011

Amir Jahari - Gelisah (Kisah disebalik lagu baru ni :) )

Salam semua, harini Amir nak cakap tentang kisah disebalik lagu Amir dan lagu favourite Amir sendiri k.

Amir ada buat satu lagu ni, nama lagu ni gelisah tau, lagu gelisah ni berkesahkan tentang sahabat! Dan lagu ni merupakan lagu favourite Amir jugak lah sebab masa buat lagu ni, Amir betul2 hayati setiap detik dan perkataan yang Amir letak kat lirik lagu tu :)

Amir dapat ilham buat lagu ni masa Amir kat rumah, tengah keseorangan masa tuh..dengan ditiup angin lembut sekeliling Amir, tetiba rasa nak buat lagu, Amir masa tu baru habis tengok cerita jepun yang berkesahkan tentang sahabat, terus Amir teringat kat kawan2 masa sekolah rendah sampailah kawan2 sekarang..

Hati Amir rasa tersentuh hari tu..Amir terus ambik kertas dan pen untuk tulis lagu tentang kawan2 Amir..then terciptalah Gelisah ni..Gelisah ni adalah lagu kerinduan kat seorang kawan dan kesetiaan pada kawan, sanggup wat pe untuk diaorang, tapiii~ Family tetap yang first k :P Hehehehehe~


Ni video lagu gelisah kalau korang teringin nak dengar yee :)



Selain dari tuh, Amir minggu lepas kepenatan sebab Amir got a plenty of show's going on in KL lah, yang video atas ni masa perform kat Laundry Bar, Moonshine ( The Curve ), selain tuh ada show kat wedding kak Yasmin Hani & Abang Sha'arin :) . Yang ketiga show kat October Tweet Fest area Shah Alam harituuh~

Kalau show je and takde persiapan memang akan teruklah kan, nasib baik Amir dah buat persiapan sebelum show tuhh~

Lepas tu ada show ke empat tau, kalau nak tau cerita disebalik show ke 4 tuh, tungguu entry seterusnya k :P
















Tuesday, October 18, 2011

Nak dengar 3 lagu baru Amir buat tak? :P

Hi semua, kepada  peminat ataupun pengikut Amir, kalau korang nak dengar 3 lagi lagu dari Amir selain Tanpamu, korang leh pergi ke Showcase Amir kat The Curve nanti. Nak tau lebih lanjut leh tengok poster kat bawah skali k.

Amir dah penat ni praktis lagu sendiri and lagu cover untuk pernikahan Yasmin Hani nanti~ Amir dan manager Amir nak hadiahkan 2 lagu untuk Yasmin Hani..tapi dua-dua lagu english..susah nak hafal lahh~ Amir rasa Amir nyanyi dengan panduan lirik kot..

So, stay tune with me, Amir Jahari, pasni akan ada banyak lagi Event yang Amir akan tulis dalam blog dan cerita tentang perjalanan hidup Amir sebagai seorang anak seni yang baru je bermula. Amir akan buat yang terbaek untuk setiap show yang Amir buat nanti. Dont Miss it  ok :) Bubye :P

Amir akan perform kat sini! Ada masa tengok ye :)

Thursday, October 13, 2011

Terus ke hadapan, Ini bukan AF lagi :)

Salam semua, Amir nak bongkar satu rahsia kat korang semua harini. This is just for ur information, Masa last Amir dalam AF dulu, Amir bukannya menangis sebab Kak Ogy ataupun juri2 yang lain. Langsung bukan sebab tu sebab?? Sebab Amir time diaorang bagi komen kat Amir, Amir dah hilang melayang dah~ Hehehe~

Then as korang tau, Amir menangis sebab tak dapat kawal emosi masa dalam AF, Miss all people that i know and i love, and my stuff and my weapon Gitar~  So, Tu je lah sebabnya, Amir tak tahan dah kat dalam tuh~ Bukanlah tak best, memang pengalaman baru dan best!

Disini Amir nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Terima Kasih kat AF9 sebab bagi platform untuk Amir teruskan perjuangan, dan SORRY! Untuk orang2 Sarawak dan seluruh malaysia yang mengundi Amir dulu. ( Amir tak habiskan duit korang untuk undi ye :) Sebab ikut undian Amir tempat ke 4 masa tu ) Hihihi :P

Amir nak guna nama Amir Jahari sebab Amir kalau boleh nak letak nama Ayah Amir kat belakang nama Amir, Ia melambangkan Family Amir :) . Bukan tak appriciate AF, cuma Amir nak adil untuk semua realiti show yang Amir join. So, berdiri atas nama sendiri lagi best! hehehe, Walaupun berisiko, tapi Amir lagi suka begini..start dari bawah balik..memang best. Amir tak nak guna Shortcut lah :D Hehehe~

Tu je dari Amir Jahari~ 

Salam :)

Monday, October 10, 2011

Amir dekat MHI TV3~

Hehehe, salam semua~ Sihat dak?

Amir ni sebenarnya ada malas sikit nak tulis blog. Sebab tu la jarang nak update. Tapi lepas ni Amir akan rajin2kanlah diri yee, dulu ada interview dekat MHI TV3, fuhhh, kalau korang nak tau, tu lah suara bangun pagi Amir.

Amir baru je bangun, then mandi, siap, terus kluar rumah~ Takde praktis nyanyi dulu, susah2. Sampai je kat MHI, terus kene setup then terus nyanyi, takde rehersal langsung. Amir time tu bedebar2 gak a, dah la takde praktis ape semua, mata pun masih merah2 lagi. Hahaha :D

Then Amir pun interview lahhh~ Nah, ni video interview tuh~ Tapi yang ni bukan yang kat Tv tau, ni record balik sebab orang TV3 cakap yang ni exclusive :) Hope enjoy yek korang :)

Saturday, October 8, 2011

Semakin nama naik, semakin orang dengki

Salam semua, lama gila tak update blog, sorry yek~

Hehehe, lumrah dunia, sesiapa pun akan kene yang sama jugak, bila kita mula nak naik, mesti ada je orang yang dengki, sebab tu cara Amir, Amir akan biarkan dulu, bila Amir dah berjaya, atau mula nampak hasil, orang yang dengki tu mesti tak dapat nak cakap apa :) Pastu dia pun terus nak berbaik dengan kita sebab kita dah nampak hasil, pastu yang paling best, dia akan kata " Aku yakin dengan kau sejak dalam AF lagi Mir" Hahahahahahahahaha~

Takpe2, abaikan yang tu lah, Korang apa khabar? Lama tak update rupanya ada jugak yang baru masok blog Amir ni, selamat datang kepada yang baru masok and kepada yang baru masok, LIKE la page Amir kat facebook ye :P

Apamacam? Lagu Tanpamu ok tak? Umm..Tu sebenarnya  cubaan atas karya2 yang aku buat, Alhamdulillah dah nampak sikit hasil, then lagu kedua ni~ Hehehe :P Haritu aku ada ternampak sorang gurl ni, sama jugak dari Kucing, dia cover lagu Amir, nice sound tau, cuba korang tengok jap :)


Sampai sini jelah blog Amir harini :) Esok Amir update lah ye :)

P/S Fuhh, lama gila tak tengok blog nih :P