Wednesday, October 3, 2012

Mai dengar lagu baru Amir Jahari - Penghibur Jalanan

Salam, haiyaa..memang dah nekad dulu nak update hari2, skali~ hahaha :P

Nama penuh : Mohammad.Amirullah bin Jahari
Umur : 20 tahun ( Nape, tak percaye? :P )
Hobi : Main gitar, buat lagu, menulis lirik, mencari sesuatu dalam muzik.

Saya seorang yang suka berkongsi idea dan terbuka :) Lebih sesuai digelar anak seni dari dipanggil artis. Kerna masa skarang semua anggap artis ni ialah selebriti..cam lagi selesa kalau dipanggil anak seni :) Sebab Amir baru je bermula..

Korang dah dengar tak lagu Penghibur Jalanan Amir yang baru? Kalau carik kat youtube, studio version memang tak ada, tapi kalau live version banyak :) Tapi yang latest live show Amir try bawak sebijik cam recording version..kalau korang nak dengar full version, korang leh request kat radio kegemaran korang ye :D ( Sempat promote single, hahaha )

Sebenarnya lagu penghibur jalanan ni Amir dapat inspirasi dari emosi Amir masa busking dulu..dan jadilah lagu tu. Kalau nak tau apa maksud lagu ni betul2, Korang layan la lagu ni sambil baca lirik ya :P Sila tekan link dibawah :D

Amir Jahari - Penghibur Jalanan  <--Nak dengar? Tekan sini then comment ye :)

Amir jahari - Penghibur jalanan (Lirik)

Sepi terkurung, dalam renungan manusia
yang tak mengerti, erti kehidupan
Terkejar2 kesana kesini, mencari
Jalan keluar dari kelompok manusia ini

Melihat kekuranganku
melihat kedegilanku
bukan ku pinta
simpati darimu

Kuhanya penghibur jalanan
Bukan pengemis yang kau fikirkan
Ku ingin mengejar impian
seperti kalian



Tuesday, July 24, 2012

Mati dalam mimpi..

Skali lagi..aku bermimpi..maut menjemputku..tapi bukan sakit yang kutemu..tapi jiwa yang penuh dengan kalbu.

Bermula kisah dengan kemalangan, aku meniggalkan dunia di dalam sebuah kemalangan jalan raya, tapi di dalam mimpi itu, aku tidak mati. Aku merasakan badanku melayang, naik ke langit. Aku berjumpa dengan orang2 yang ku kenal masa hidupku, dan terus turun kembali ke bumi, seolah2 ada urusan yang belum sempat aku selesaikan..


Sesaat sampai ke bumi, ada seekor kuda menjemputku, kuda berwarna putih, dan ditemani seseorang yang ingin membawaku ke sebuah tempat..aku menunggang kuda itu, tapi aku tidak merasa ia berjalan..sesampainya aku ke sana, kuda itu bertukar menjadi kertas, seolah2 menyembunyikan dirinya di sebalik kebenaran..


Di dalam rumah itu, aku berjumpa beberapa lagi orang yang memang ku kenal..selepas bersalaman sama mereka, hatiku terdetik, bukan ke aku sudah mati tadi..? Terus, bagaimana mereka boleh melihat aku? ..dalam kesuraman itu, aku tersenyum dan bergelak kecil kerna Blackberryku hidup, dan aku melihat tunangku whatsapp dengan ku. Dia bertanya," abang..". Aku bertanya kepada orang di rumah itu, hari ini hari apa..? terus mereka bilang, hari ini isnin, 29.5.2013. Maksudnya, aku sudah ke masa depan! tapi..ini sekadar mimpi..

Walaupun ianya sebuah mimpi...ada maksud tersirat di sebalik mimpi itu tadi..selamat menyambut bulan ramadhan Al Mubarak semua, assala-mualaikum.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan dah datang! Akhirnya :)

Salam kepada semua yang membaca blog ini :D Thanks sebab masih gak follow walaupun Amir ni tak slalu sangat update..huhhuhu~

Ramadhan menjelma..maksudnya, bagi umat islam seluruh dunia, dan yang ingin nak berpuasa walaupun berbeza agama, selamat berpuasa ya! Bulan penuh kemuliaan, bulan ni memang menarik~ Terutamanya bulan ramadhan tahun ni :) Apa yang menariknya? umm, biarlah rahsia :) Biar Amir bagi hint sikit, bagi yang faham, tahniah.

Berlalu masa, kian pudar
menanti tiba, sang putera,
tanah melayu, alam menjelma,
pesanan terakhir, hampir tiba

Hehehe, faham tak? :P

Kalau bulan puasa, apa aktiviti korang semua ek? Share la kat sini..hehehe. Kalau Amir, nonton film :P hahaha, semalam baru habis nonton film Laskar Pelangi, best sangat2! huhuhuhu :P harini pulak nak tengok cerita Pupus, nak layan skali tak? jom, Amir bagi link ni, kita tengok sama2 :P

Selamat berpuasa semua :) Nanti Amir update lagi, ni movie nya, enjoy :D



Sunday, July 15, 2012

Siapkan arrangement untuk album terus!

Slamat pagi :D skarang dah ada tugasan baru, semua lagu Amir yang lama, Amir nak letak dalam album untuk album sulung Amir :D Contoh lagu dalam album pertama Amir ni ialah Tanpamu, Gelisah, Penghibur Jalanan, Masa Lalu. Stakat ini  lagu ni yang confirm :D

Start skarang, Amir kene buat arrangement semua lagu Amir. Sampai bulan puasa nanti, then seminggu sebelum raya, balik kuching! Yey~ hahahaha Tapi lepas seminggu raya, balik ke KL balik~ huhuhuhu :( Takpe, siapkan kerja dulu, baru boleh berehat, lagipun ini memang apa yang Amir minat sejak dulu lagi kan :D

Skarang dah kembali start main basketball balik, dah 3 tahun tinggalkan basketball sampai gemok gini, skarang, nak start main balik, nak kekalkan kesihatan badan. Semalam Amir start main basketball, dapat shoot 50 kali je, kalau dulu, 500 shoot sehari, skarang 50 dah semput, nampak sangat dah takde stamina. Kalau nak join, jom! Bukit Damansara ada gelanggang. Setiap pagi main kecuali hujan, kalau hujan , exercise dalam rumah la jawab nya :D hahahaha.

Sampai sini je harini, anyway, good morning everyone! slamat sembahyang subuh, dan dimurahkan rezeki ya semua, Amin :D


Friday, July 13, 2012

Mimpi yang pelik

Salam, morning bloggers!

Fuhh, semalam perform kat ampang hilir, ade event KGE Birthday Party, Amir, Aizat, Go Gerila dan Tonawarna. Best gak a party tu. UPS! terlupa lak nak cerita pasal mimpi sebenarnya~ Hehehe :P

Dah lama Amir tak mimpi masa tidur, slalunya tidur memang kosong je mimpi, tapi semalam, Amir mimpi bende yang pelik sangat2, mimpi main kejar2! Slalunya main kejar2 kat tempat yang terhad je kan, ni memang pelik, main kejar2 sampai jauh gile, macam dari thailand sampai hongkong pulak dah~ Amir kene kejar oleh seorang yang tidak dikenali, pastu Amir lalu dekat tempat yang biasa Amir pergi, tapi walaupun macam slalu pergi ke tempat tu, Amir tak boleh agak pun kat mana, Amir berlari dari malam, sampai ke siang, sampai ke malam balik.

Yang paling bestnye, Amir terserempak dengan dua ekor anjing, sekor macam garang, sekor lagi macam lembut, dan anjing tu macam dah kene cukur je bulu dia. Nasib baik time tu ada kayu, anjing tu dah nak serang dah, amir ambik kayu tu dan pukul sikit je kepala anjing tu , buat dia takut, then lepasla dari anjing.

Amir lari lagi sampai jumpa abang angkat Amir dan bersalam-salaman ngan diaorang, tapi lepastu, (This is the best part) Amir jumpa beruang yang bergerak, tapi rupa dia setengah bear yang betul, setengah lagi macam teddy bear pun ade gak, ramai giler kejar Amir. Amir terus lagi lari tanpa toleh ke belakang,

Ending mimpi tu memang pelik. Semua yang main kejar2 tu berkumpul kat satu tenpat yang macam ada banggunan tinggi berkhemah kat situ. (Apahal lak kan?) Kite berkhemah kat situ dan Amir dapat rasakan yang Amir betul2 ade dalam mimpi tu, memang bestkan bile dapat mimpi~ Hehehehe :P

Tapi kadang2 bagus jugak takde mimpi, tapi kalau ade mimpi tu, best la pulak kan! hahahaha :D

Okay , Amir nak makan dah, hope u guys have a great saturday and bubye :D

* Thanks baca cerita yang mengarut ni :P *

Nak melayan emo sat~

Hallo semua, salam :) . Memang susah nak update hari2 kan -_-" , fuhh, takpe, pasni cuba lagi Update hari2! Banyak je benda yang jadi, tapi tak sempat nak share sebab penat, 3 hari lepas Amir start main basketball balik pagi2, harini je Amir tak main sebab malam ni ade KGE punye birthday party :D Amir, Aizat and Go Gerila perform, so harini kene cukupkan rest betul2 kan~

Hahahaha, bangun je dari tidur tadi trus bukak youtube, sebab Amir mimpi sesuatu kejadian yang sama seperti video clip di bawah ni, cuma ceritanya lain sikit je, huhuhu :') Melayan emo jap. Dari tadi dok ulang lagu ni~ Korang pernah tak rasa korang nak ubah diri korang, tapi korang dah 4 tahun cuba, tak menjadi..and sampai sekarang masih mencuba..inilah ujian dia kan~

Ohh, btw, Amir baru siapkan lagu baru lagi semalam, hehehe, ini untuk koleksi album yang selanjutnya lah :D Amir sekarang tengah kumpul dan cipta seberapa banyak lagu untuk album seterusnya sebab, nak rehat jap kot, kalau dah banyak lagu terkumpul, dah cukup, Amir nak restkan otak kat tepi pantai, santai2~ Fuhhh ~ layan. Harap malam ni dapat perform dengan baik :D

"I'm a storyteller through music"

Ni video yang Amir cakapkan tadi, hayati betul2 and have fun ya :D

Monday, July 9, 2012

Lirik Tanpamu asal~

Assalamualaikum dan slamat pagi :)


Korang mesti nak tau mane datang nye lagu Tanpamu kan ?
Lagu Tanpamu Amir ni datang nye ilham dari jam loceng Amir, untuk pengetahun semua, lirik jam putih ni khas ditujukan untuk orang yang bagun pagi awal, sebab tu jam 7 pagi and kenape tak waktu subuh kan? sebab waktu subuh bagi negeri2 lain semuanya berbeza dan berubah2 ikut bulan dalam islam, so, ambik masa 7 pagi sebab lepas subuh, mesti semua ade yang nak kerja, ade yang nak ke sekolah, ade yang nak exercise, so, ambik la masa 7 pagi tu. 


Lagipun, kalau nak cakap waktu subuh dalam lirik buat ape, nanti datangkan riak cakap dah solat subuh, ibadah tu, sendiri je tau, takyah cakap kat orang pun. 


Ni contoh orang yang bertanye kat lirik lagu Tanpamu dalam youtube dan tak faham kenapa 7 pagi,




1) subuh dia terlupe la awk...haha


Ni yang paling asal lagi, khazanah yang terawal Amir. hehehehe~ Hope korang terus follow blog Amir, sebab lepas ni banyak lagi bende yang menarik Amir nak share :) Salam.


Friday, July 6, 2012

Keseronokan masa bernyanyi memang best!

Salam satu Malaysia, tadi Amir ke Birthday Party Sans Fransisco coffee kat "White Box" solaris, berduet dengan kak Atilia, masa nak perform, tetiba je pandai sumbang, terus hilang mood nak nyanyi tadi, pastu habis je Loqman nyanyi tadi, Terus takleh nak tahan dari nak nyanyi.

Orang semua tinggal sikit je tadi, terus ke atas stage, ambik guitar and nyanyi, hehehehe :P Nyanyi lagu Blackbird and Tanpamu. Lepas nyanyi tadi terus lega, tak tau kenapa, tapi boleh dikatakan maybe lame dah takde show kot...kan? Humm...rindu zaman busking dulu, kene slalu praktis nyanyi ni..lagipun, semenjak dua menjak ni, memang fokus on buat lagu and arrange lagu lame..kerja kan..nak buat camne~

 Harini nak ke Kuala Kangsar, ada urusan. Nanti Amir tunjuk gambar Amir kat Perak ye :P

Kat bawah ni gambar kita semua berkumpul kat solaris tadi :P Jumpa esok hari ye :D


Thursday, July 5, 2012

Ajarkan aku - New song collab with Aziz harun(Brunie)

Before i start the history of Ajarkan Aku, Amir nak thanks kepada semua yang baca blog Amir, i will be update this blog everyday from now on :)

Ajarkan aku, lagu yang dicipta oleh Amir masa perform untuk wakil malaysia di Bandung, Indonesia haritu. Lagu tu tercipta selepas makan Indo mee + Cheesssss + Eggs kat kedai tepi jalan , balik je hotel, lepak ngan Aziz Harun dalam bilik dengan Klubbkid and manager Aziz, lepak2 je, tibe2 terfikir nak buat lagu, and i think ti collab dengan Aziz, so dalam 15 minute lepas tu, lagu tu terus siap, but just a demo la, belum arrange betul2.

Amir ade record dan dah letak kat youtube, korang boleh dengar nanti, kat bawah skali tu ha :D. Lagu Ajarkkan aku ni mengisahkan tentang seorang hamba Allah yang ingin mencari dirinya sendiri dan berdoa untuk belajar apa itu cinta, apa itu arti kehidupan. So, lagu ni nak cakap ketuhanan, um..beloh dikatakan camtu lah, but for me, ajarkan aku ialah lagu tentang kehidupan seseorang yang Amir kenal. Thats mean lagu ni cerita orang ataupun cerita benar.

Korang leh kaitkan lagu ni kat diri kirang sendiri and enjoy ya :D Terimalah, Ajarkan aku :D


Wednesday, July 4, 2012

Esok start recording Gelisah betul2, yey :)

Esok Amir tidur kat studio KGE, harini tak jadi sebab Mr.Producer(Abe Yaking!) ade meeting ngan family harini, so memang esok la start everything :)

Harini memang takde buat ape2, anyway, slamat menyambut Nifsu Shaa;ban and slamat beramal ye :) Harini, kita semua bukak buku baru! memang dah lama tak buat lagu baru, skang tengah carik balik semua lirik2 lama yang dibut, skali carik, melambak!

Memang kene kerja keras sikit la nak carik ilham ni :P Korang semua Amir nak mintak maaf sebab sebelum ni lama tak update blog sebab dulu bz dengan Versus, main dengan band Go Gerila, umm, Go Gerila pulak rasanya lepas ni akan keluar single and pastu album~

Ni gambar latest yang jadi pilihan untuk profile facebook Amir skang, kalau nak denga lagu2 cover Amir, u can usha kat Youtube, just search Amir Jahari, semua keluar :P

Tu komik kesukaan Amir, karya local Comic Artist, Kaoru :D

Tuesday, July 3, 2012

Gelisah - Single kedua belom lagi siap.. :(

Amir skarang lost sikit sebab dah buat line up band untuk main dengan Amir di setiap show, disebabkan oleh   line up baru, Amir jadi lost sebab recording buat versi lain, tapi live show versi lain, jadi tak tau mane satu nak buat, skarang dah buat keputusan nak buat recording dulu. Live show, nanti baru fikir. 

Alhamdulillah dah buat keputusan dan single ke-2 bakal keluar tak lama lagi..Amir pun rasa bersalah kepada pendengar sebab blom release2kan lagi single ke-2 tu. Ni dah ada perancangan, mulai malam ni, nak dudok kat studio KGE, nak bincang ngan Anas dan teruskan dengan Gelisah versi yang lama..Manusia berubah dari masa ke semasa kan.

Harini tetiba je terfikir tentang bisnes. Terasa nak jadi pelukis komik sebab Amir minat sangat dengan dunia komik. Kalau Amir dah pandai melukis nanti, Amir nak share semua cerita Amir kat korang luar sana camne bermulanya kehidupan Amir sebagai pemuzik. Amir tengah nak merancang lagi, dan belajar melukis sendiri mulai harini, sambil2 melukis, Amir tau prioriti skarang is kerjaya Amir, so, memang kene buat prioriti dulu lah.

Amir akan sambung blajar jugak dalam bidang muzik tak lama lagi, harap2 masa tu , career Amir dah stabil, and one more thing, Hujung tahun ni Amir akan keluar dengan Album Amir sendiri, nanti korang dengar ye :P

Ni video yang dibuat bulan lepas, cover lagu dari butterfinger, mati hidup kembali, layan~ :D

   

Monday, May 21, 2012

Upcoming Single - Gelisah

Salam, saya Mohamad. Amirullah bin Jahari mengistiharkan, esok raya...( Mesti korang ingat Amir nak istiharkan bile single nak keluar kan? Hehehe :P )

Saya skarang join rancangan Versus kat TV9. Buat projek band dengan Anas & Aizat Amdan, Ruvi, Pito dan Ashrof. Nama band tu Go Gerila, kalau korang pernah tengok, dan suka performance kita, pray for us that we will improve and achive apa yang korang semua nak denga ye :)

About 2nd Single Amir bertajuk Gelisah, habis je rancangan Versus, Amir akan record semula dan kita akan terus release. Amir nak minta maaf atas kelewatan ini kerana disebab rancangan Versus ni, masa kita memang pack sangat dan Alhamdullillah lagu Amir masih lagi lam carta Muzik-Muzik ( Undi Ye :P ) Lagi satu, Amir rasa, lagu Gelisah tu akan berubah sedikit dari asal sebab ilham baru datang dari mimpi keluar :)

Amir nak mintak maaf jugak kepada yang follow baca blog Amir slama ni dah bosan tunggu takde story dari Amir, haaiii~~~ Banyak bende nak kene setelkan :(

Slamat pagi pada orang yang baru je bangun and usha blog ni, korang layan cover terbaru Amir bawah ni ye kalau bosan :P





Wednesday, January 25, 2012

1,2,3,4 , I Love You :D

Tiba2 aku rindu dengan yang jauh di Kuching sana, Family, kawan2, Tunang..

Rasa seperti terbang ke awan yang putih disebalik awan hitam...turun memberi rahmat pada bumi dan hati..menenangkan jiwa yangsering kali pudar..(Tiba2 nak berpuitis, hahahaha~)

Hope u Guys enjoy my Youtube Cover :D

Kalau nak Amir cover lagu kesukaan korang, bagilah request kat komen ye :D

Gudnight..Sweetdream .. .

Monday, January 23, 2012

Mengejar Impian yang pasti!

Sebelum aku melelapkan mata, aku nak ucapkan Thanks kepada orang2 yang support aku dari dulu sampailah sekarang. Harap maaf sebab lama tak update blog ye :D

Sekarang aku sambung balik Diploma in Music kat Aswara, Tahun 1 Sem 2..memang susah sebab banyak dah benda lupa. What's new? Sekarang aku dah sign contract dengan KGE(Kasi Gegar Entertainment) under Aizat secara Official. Sekarang jugak dah nak release single ke-2, "Gelisah". Kalau nak dengar Demo, tengok la video kat bawah ni k :D
Teaser je, bagi feedback kat lagu ni k :D

Soo, tak lame lagi jugak akan buat Video Clip lagu Tanpamu - Single pertama aku. Masih jauh lagi perjalanan, tapi takpe, aku takkan putus asa dan aku akan teruskan berjuang walau apa pun dugaan yang menunggu kat depan. Tu je untuk harini, bye :D
Ni gambar masa sign contract ngan KGE :)