Saturday, March 23, 2013

Akhirnya, album hampir siap! :D

Setelah sekian lama menunggu untuk siapkan album, akhirnya dah hampir nak siap, tinggal 2 lagu lagi nak direcord. fuh~

Aku kian sangsi akan diriku sendiri kernaa, hahahaha. meracau tak tentu pasal pagi2 buta ni. Aku nak cari musician untuk fixkan aku punya line up live peformance, buat setakat ni yang permanent ada percussionist aku je, karim. Ruvi ngan pito session je untuk aku sebab kalau aku ambik dieorang, aku kesian dieorang tak cukup masa untuk hangout, asyik kerja, praktis pulak dengan banyak band, fuhh, besar tugas dieorang ni, sebab bagi aku band hanya akan terjadi bila walau persefahaman tentang music berbeza, tapi hati kekal satu dan saling memahami tugas masing2. Aku risaukan masa dieorang jelah, yang lain tak..

Album penghibur jalanan aku ni plak aku rasa satu experiment yang sangat semulajadi, antara producer yang terlibat ialah anas amdan (Abang Aizat Amdan) dan mike chan. Sentuhan mike chan dapat didengar dari lagu gelisah yang baru(belum kluar, nak dengar kene beli album ye :P) dan penghibur jalanan, yang lain semua diproduce oleh anas amdan. Aku berharap perjalanan seniku akan berjalan lebih lancar lepas kluarnya album penghibur jalanan ni. Aku tak rasa menyesal sedikit pun dengan langkah perjalanan hidup yang aku ambik, dan aku pasti semuanya mempunyai sebab2 yang tertentu kita lahir di dunia ni, kan? :D

Kesemua lagu dalam Album penghibur jalanan ialah hasil tulisan dan melodi aku, dan yang pastinya Dia yang memberi, jadi korang leh cuba untuk mendengar dan kalau korang rasa sesuatu dari lagu tu, pasti ada kebaikannya :)

Sampai sini je, nanti aku update lagi ya :D Salam, peace!