Sunday, September 6, 2015

Rohani dan Jasmani Bercelaru

Setelah lama aku memalaskan diri, aku rasa ini masa untuk aku mula. Mula membentuk disiplin, membentuk hidup ke arah lebih cemerlang. Rohani dan Jasmani agak bercelaru sebab masih tak dapat nak konsisten dalam membuat sesuatu perkara.

Upcoming event buat masa sekarang ialah AJP (Amir Jahari Project) akan perform di Honda Family Roadtrip kawasan Pulau Pinang. Lepas tu ada Anugerah Skrin dan Youtube Covers dari AJP. Album ke-2 aku kali ni memang sangat mencabar, aku rasa bukan mencabar dari sudut material, tapi dari sudut peribadi aku, untuk lebih kedepan. Bak kata bapak Jenk (Ahli AJP) "Kalau impian tinggi, Usaha pun kene Tinggi" kalau tak memang takkan capai apa-apa pun.

Aku jugak dalam proses mencabar diri dari sudut latihan guitar,vocal dan performance. Ada terfikir nak buat cover setiap satu bulan, pastu perform kat youtube. Yang tu kita tengok camna nanti, antara jadi masuk youtube atau aku buat untuk latihan sendiri-sendiri je.

Dari segi family lak aku syukur sebab setiap progress Izzah Amaani aku dapat tengok.

Semalam aku perform di Plenary Hall KLCC untuk Festival Filem Malaysia, bawak lagu Medley OST filem terbaik, Ag Coco yang produce benda tu. Memang aku masih tak sampai, tak cukup lagi untuk ke tahap international sebab dari sudut praktis aku teruk sangat untuk FFM, tapi ini kira mengimbau kesilapan lah ni, so setiap show aku pasni, latihan kene lebih kaw-kaw.



Ni poster FFM yang aku perform semalam.

Sampai sini je entry hari ni, semoga bersua lagi ye.

Wednesday, September 2, 2015

Album Kedua??

Rabu 2 September 2015, 4:08PM

Salah satu sebab kenapa aku lama tak update blog ni,

Ni jurnal lifetime aku, isi kandungannya semua pasal hidup aku. Dan sebabkan jurnal ni jugaklah aku lama tak update blog. Alhamdulillah sekarang hidup tak susah dan tak senang, dan baru menimang cahaya mata pertama, Nur Izzah Amaani.

Hidup aku sekarang lebih bertujuan,  fokus lebih jelas dan yelah, kita merancang, Allah pun merancang dan menentukan. Dari sudut latihan pun sekarang lebih teratur, mencuba untuk buat latihan siang, tapi malam jugak yang paling best, So sekarang siang adalah masa untuk aku belajar teori dan cari reference, malam untuk berlatih guitar dan vocal.

Logo AJP (Amir Jahari Project)

Tahun depan akan keluar Branding baru, bukan sebagai solo lagi, kali ini akan menjadi Amir Jahari Project. Asalnya AJP ni untuk mengabungkan semua musisi untuk bersatu bawah satu bumbung, ala-ala menjadi tempat lepak musisi untuk praktis sambil  berkongsi idea. InshaAllah jika punya kesempatan dan orang ramai nak join lepak sambil main muzik, kita akan berkumpul di studio Amir nanti.

Masih dalam membuat persiapan dari segi rohani dan jasmani untuk album ke dua. Bulan puasa tahun ni sebenarnya amir dah siapkan dalam 30 - 40 demo, pilih dalam 12 terus jadi album. Tapi bila dengar balik, Amir jadi tak puas hati akan demo tu, dia macam nak tunjukkan something, nak show-off, so Amir buang semua dan buat baru. So sekarang dah kumpul ada dalam 5 lagu. Semuanya baru. Bayang, Waktu Terus Berputar, Seindah Pelangi, Ku hati Kau Jiwa, Syurga Neraka. 

Album kedua aku ni aku letakkan berunsur rohani , tapi dalam genre yang orang gelar pop, dan bukan nashid. hanya dari sudut lirik ianya berunsur rohani, dari segi arrangement lagu dan instrumentasi, ianya jauh lari dari konsep nashid. Dan antara yang menginspirasikan Amir dalam album kedua ni ialah Raihan. 

Kalau album pertama tu cerita tentang pengalaman hidup, album kedua pulak lebih kepada proses mengenal diri dan mencari Tuhan. 

Sampai sini je post harini, inshaAllah minggu depan Amir akan update lagi apa yang terbaru! Salam.