Sunday, September 6, 2015

Rohani dan Jasmani Bercelaru

Setelah lama aku memalaskan diri, aku rasa ini masa untuk aku mula. Mula membentuk disiplin, membentuk hidup ke arah lebih cemerlang. Rohani dan Jasmani agak bercelaru sebab masih tak dapat nak konsisten dalam membuat sesuatu perkara.

Upcoming event buat masa sekarang ialah AJP (Amir Jahari Project) akan perform di Honda Family Roadtrip kawasan Pulau Pinang. Lepas tu ada Anugerah Skrin dan Youtube Covers dari AJP. Album ke-2 aku kali ni memang sangat mencabar, aku rasa bukan mencabar dari sudut material, tapi dari sudut peribadi aku, untuk lebih kedepan. Bak kata bapak Jenk (Ahli AJP) "Kalau impian tinggi, Usaha pun kene Tinggi" kalau tak memang takkan capai apa-apa pun.

Aku jugak dalam proses mencabar diri dari sudut latihan guitar,vocal dan performance. Ada terfikir nak buat cover setiap satu bulan, pastu perform kat youtube. Yang tu kita tengok camna nanti, antara jadi masuk youtube atau aku buat untuk latihan sendiri-sendiri je.

Dari segi family lak aku syukur sebab setiap progress Izzah Amaani aku dapat tengok.

Semalam aku perform di Plenary Hall KLCC untuk Festival Filem Malaysia, bawak lagu Medley OST filem terbaik, Ag Coco yang produce benda tu. Memang aku masih tak sampai, tak cukup lagi untuk ke tahap international sebab dari sudut praktis aku teruk sangat untuk FFM, tapi ini kira mengimbau kesilapan lah ni, so setiap show aku pasni, latihan kene lebih kaw-kaw.



Ni poster FFM yang aku perform semalam.

Sampai sini je entry hari ni, semoga bersua lagi ye.

No comments: